suria

Suria FM jadi tempat luah perasaan, selesa ‘share’ kisah hidup - “Syukur pendengar sudi kongsi cerita mereka”

DJ Lin hargai sokongan pendengar setia Suria FM.

SERING menjadi tempat luah perasaan, Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bersyukur apabila stesen itu terus mendapat tempat dalam kalangan pendengar di negara ini.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, 46, dia percaya peranan stesen radio masih relevan dan menjadi antara medium utama menyampikan maklumat dalam masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kisah PdPR! ‘Bapa B40’ menangis teresak-esak di radio, tak mampu beri pendidikan terbaik untuk 5 anak - “Mereka ketinggalan, saya nak ajar tak pandai”

"Bagi saya radio antara medium yang paling dekat dengan masyarakat. Stesen radio boleh dikatakan teman paling rapat untuk mereka berkongsi luahan.

"Tak salah dalam keadaan sekarang kalau nak berkongsi cerita di radio selain mereka boleh juga berkongsi di media sosial masing-masing.

suria fm

Barisan deejay Suria FM.

"Alhamdulillah saya bersyukur apabila pendengar sudi berkongsi cerita mereka dengan kita ia bermakna Suria FM begitu dekat di hati rakyat Malaysia untuk berkongsi luahan hati mereka, " katanya ketika dihubungi mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Baru-baru ini, Suria FM menjadi tular berhubung rakaman seorang pendengar yang meluahkan perasaan berhubung kisah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) anaknya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tak salah dalam keadaan sekarang kalau nak berkongsi cerita di radio selain mereka boleh juga berkongsi di media sosial masing-masing.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO & PENGURUS BESAR SURIA FM

Daripada situ, ramai netizen memuji Suria FM yang disifatkan stesen radio mesra pendengar sehinggakan mereka tidak segan silu untuk berkongsi luahan dengan penyampai yang bertugas.

Mengulas mengenai perkara itu, DJ Lin yang juga penyampai untuk slot Suria Cinta berkata, pihak mereka sentiasa mahu memberikan kandungan yang terbaik untuk pendengar.

dj lin 1

Suria FM sentiasa mempertingkatkan mutu penyampaian mereka.

"Peranan kami sebagai sebuah stesen radio boleh dikatakan berjaya apabila orang boleh berinteraksi dengan kita untuk kongsi cerita mereka.

"Kami sangat menghargai pendengar-pendengar yang selalu setia bersama kami. Kami di Suria memang sentiasa cuba berusaha yang terbaik untuk bersaing dengan pelbagai lagi stesen radio lain di luar sana, " ujarnya lagi.

Selain DJ Lin, barisan penyampai Suria FM terdiri daripada Ajak, Issey, Fizi Ali, Sharifah Shahira, Feeya Iskandar, Suraya dan Tyzo.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain