suria

Fendy Caliph Buskers ada harapan dapat rumah PPR, DBKL minta dokumen sokongan - “Sangat terbeban saya nak bayar sewa RM1,300”

Fendy bersyukur banyak pihak tampil membantunya dalam menghadapi masa sukar.

RINTIHAN terbuka anggota kumpulan Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun tentang kesempitan kewangan yang dihadapi akhirnya mengundang rasa simpati banyak pihak yang tampil menghulurkan bantuan.

Lebih menggembirakan apabila hasrat untuk memiliki sebuah rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur mungkin tercapai sekiranya dia memenuhi kriteria ditetapkan.

Kata Fendy, 30, dia dihubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung perkara berkenaan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Fendy Caliph Buskers minta rumah PPR, tak mampu bayar sewa mahal - “Dah macam nyawa-nyawa ikan... terdesak sangat”

"Saya terima panggilan daripada pegawai DBKL berhubung dengan permohonan rumah.

"Mereka minta saya untuk mengemaskinikan maklumat saya dan menyiapkan segala dokumen diperlukan " katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

RIENA
Datuk Seri Rina Mohd Harun turun padang hulurkan bantuan,

Pada Jumaat minggu lalu Fendy memuat naik video di Facebook bertujuan meminta bantuan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur daripada pihak berwajib.

Kata Fendy yang tinggal bersama anaknya Nur Azalea Zafirah, 6, masalah kewangan membuatkan dia sukar untuk membayar sewa rumah dan utiliti.

Susulan itu pada Sabtu kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur diziarahi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal secara berasingan.

Harapan saya tak banyak iaitu cukup sekiranya dapat satu rumah mampu milik untuk saya.

FENDY ADLUN

PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS

Turut hadir pada hari sama ialah wakil Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Bercerita lanjut tentang bantuan yang sudah diterima, pemain dram Caliph Busker ini berkata dia bersyukur apabila banyak pihak yang tampil membantu dalam tempoh yang singkat.

"Selepas kunjungan dan bantuan yang diberikan oleh wakil rakyat, pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga datang bagi sumbangan barang keperluan dan kewangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ada juga rakan artis sudi membantu... Alhamdulillah setakat sekarang ni banyak bantuan saya dapat, " katanya.

fendyyyal
Fendy tinggal bersama anaknya yang berusia enam tahun.

Tambah Fendy dia mengakui tidak mampu untuk terus bertahan di kondominium yang didiaminya kini dengan kadar sewa RM1,300 sebulan.

Ujarnya lagi, dengan kewangannya yang semakin susut menyukarkan dia untuk bertahan sekiranya tidak mendapatkan bantuan.

"Harapan saya tak banyak iaitu cukup sekiranya dapat satu rumah mampu milik untuk saya.

"Ia dapat menjimatkan penggunaan kewangan dalam PKP ni, sekarang sangat terbeban nak bayar sewa RM1,300 tak termasuk utiliti," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain