suria

Kelakar... ramai terhibur video parodi Shiha Zikir, netizen jadikan ‘ubat’ hilangkan stres

Shiha Zikir sekadar ingin berkongsi hiburan ringan dengan pengikut Instagramnya.

HASRAT penyanyi Shiha Zikir untuk memberikan keceriaan dan senyuman kepada pengikut laman sosialnya tercapai apabila video parodinya menerima reaksi positif netizen.

Dua video Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 34, memparodikan cara percakapan usahawan Nur Sajat membuatkan netizen terhibur dengan gelagatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir makin menjadi-jadi... tak menang tangan buat ‘job’ lakonan dan pengacaraan - “Dulu orang tak percaya lagi”

"Sebenarnya saya memang nak bagi keceriaan kepada pengikut sebab saya faham dalam keadaan sekarang ramai yang stres.

"Saya sangat terharu sebenarnya bila dapat respons positif dan ada DM daripada seorang followers yang sangat meninggalkan kesan pada saya bila dia kata dia sangat stres teruk sampai tahap nak sakitkan diri sendiri tapi bila tengok video saya dia terus rasa hilang tekanan itu.

"Benda-benda macam itu walaupun nampak macam simple tapi saya memang sangat hargai apa yang mereka tulis itu dan harapnya content yang saya hasilkan dapat beri keceriaan kepada orang ramai, " katanya ketika dihubungi mStar.

Antara video parodi dikongsikan Shiha di Instagramnya.

Video parodi Shiha menerima campir 100,000 tontonan dan lebih 500 komen pengikut di Instagram.

Susulan video tersebut, Shiha menerima banyak DM (pesanan peribadi) yang berterima kasih kerana menghiburkan hari mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan sukar seperti ini.

"Ada yang cakap mereka ulang tengok video saya sampai lima, enam kali dan ada juga yang beritahu benda pertama mereka nak buat setiap hari sekarang ini adalah buka Instagram saya dulu sebab nak cari hiburan untuk release stres mereka.

Saya rasa lega sekurang-kurangnya dapat beri kegembiraan buat mereka.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

"Saya rasa lega sekurang-kurangnya dapat beri kegembiraan buat mereka... sebab kita tahu dalam keadaan sekarang orang terkurung dalam rumah dan perkara yang boleh mereka buat pun adalah dengan tengok televisyen dan main handphone.

"Saya memang macam ini happy, suka mengusik orang dan tidak terlalu mahu fikirkan masalah sangat, " katanya lagi.

shiha zikir 1

Shiha seronok dapat hiburkan pengikutnya.

Di sebalik penerimaan positif, Shiha berkata, ada juga segelinitr netizen yang tidak senang dan menganggap seolah-olah mempromosikan Sajat.

Jelas Shiha, tujuan dia berbuat demikian hanya untuk hiburan semata-mata.

"Benda ini simple sahaja sebenarnya, bergantung kepada niat kita... saya sendiri sebelum ini pernah contact Sajat dan dia okay sahaja dengan parodi yang saya buat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Prinsip saya senang sahaja, saya berkawan dengan semua orang dan tak pernah judge sesiapa... kalau ada hal lain melibatkan dia itu antara dia dengan Tuhan.

"Asalkan saya tahu parodi yang saya buat itu tidak keterlaluan dan menjatuhkan maruah orang lain, saya okay sahaja, " katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain