suria

“Ingat saya ni orang kaya sombong dan bongkak?” - Vida akhirnya mohon maaf, faham perasaan orang susah

Datuk Seri Vida buat permohonan maaf secara terbuka.

SETELAH berhari-hari mempertahankan kenyataan pedasnya terhadap golongan yang mengharapkan bantuan menerusi inisiatif bendera putih, Datuk Seri Vida akhirnya mengakui ia adalah salah satu strategi untuk membuka mata masyarakat.

Menurut usahawan kosmetik itu, dia terpaksa menggunakan kata-kata yang agak kasar demi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mula mencari jalan keluar daripada masalah ekonomi.

Tegas Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman, 50, sebagai ibu semestinya dia juga memahami kepayahan yang dihadapi orang ramai ketika pandemik Covid-19 masih berlarutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida suruh jual batu sungai, kongsi idea bisnes tanpa modal elak harap bantuan - “Ramai orang nak bertungku... asyik beranak”

"Saya cakap begitu supaya orang sedar. Semua orang ada anak, ada keluarga... saya pun ada.

"Ingat saya ni tak ada belas kasihan? Ingat saya ni orang kaya sombong dan bongkak yang tak ada belas kasihan kepada orang yang meminta? Jawapannya tentulah tidak.

2021-07-13 (2)
Dua anak Vida iaitu Cik B dan Kacak turut aktif menghulurkan sumbangan kepada orang yang memerlukan.

"Biar orang mula terasa supaya mereka terus bergerak ke arah positif, kita kena usaha sampai berjaya," katanya.

Sejak minggu lalu Vida menjadi buah mulut ramai apabila dikatakan tidak sensitif apabila menyifatkan mereka yang mengangkat bendera putih ini kurang berusaha dan malas mencari pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tambah Vida lagi, orang ramai seharusnya berfikiran realistik dan memahami bahawa bantuan yang diberikan banyak pihak pada ketika ini adalah bersifat jangka pendek.

Tak ada niat saya untuk riyak walau sebesar zarah sekalipun dan tiada niat nak menyombong.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Justeru dia berharap masyarakat tidak putus asa dan terus memikirkan sesuatu demi masa depan diri sendiri dan keluarga.

"Takkan la saya boleh nak bagi apabila ada orang minta diaper dan susu? Saya boleh beri apa yang diminta.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya boleh bagi diapers sampai 10 pek... tapi hanya boleh tahan dua tau tiga bulan.

vidada
Datuk Seri Vida turun padang hulurkan bantuan kepada keluarga terjejas.

"Kena faham isu pandemik ini akan berlarutan, tak tahu bila nak pulih jadi sebab tu kita kena terus usaha, " katanya.

Bagaimanapun Vida berkata dia memohon maaf jika kata-katanya sebelum ini menyinggung hati banyak pihak.

"Saya tak bermaksud untuk menyakitkan hati anda. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa dengan kata-kata saya itu, niat saya satu... kerana Allah.

"Tak ada niat saya untuk riyak walau sebesar zarah sekalipun dan tiada niat nak menyombong, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain