suria

Fiza Halim diam seribu bahasa... tak jawab tuduhan ‘kaki sondol’ - “Bukan nak mengelak, saya terpaksa kunci mulut”

Wanita yang dipercayai bekas adik ipar menuduh Fiza sebagai mata duitan dan pemusnah rumah tangga.

HAMPIR seminggu imejnya tercalar dengan tuduhan sebagai 'kaki sondol' dan 'mata duitan', pelakon Fiza Halim nampaknya masih belum berhasrat untuk membersihkan namanya itu.

Tindakan Fiza itu membuka ruang kepada netizen untuk terus melemparkan pelbagai tohmahan berbentuk andaian yang hanya berdasarkan maklumat sebelah pihak.

Bagaimanapun Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 40, dilihat mempunyai strategi tersendiri dalam menangani isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fiza Halim cerai kali ketiga melalui Whatsapp, reda jodoh tak panjang - “Harap jangan dihina saya lagi”

"Saya ingin memohon maaf kerana tak dapat nak beri sebarang kenyataan. Bukan berniat nak mengelak, tetapi saya terpaksa kunci mulut terlebih dahulu.

"Pihak polis tidak membenarkan saya mengeluarkan sebarang kenyataan memandangkan kes ini masih dalam siasatan. Mereka masih siasat apa jua yang berlaku di IG baru-baru ini, " kata Fiza kepada mStar.

213144251_133784775542860_8206206899961381832_n

Fiza sebelum ini memberitahu dia sudah membuat laporan polis.

Sejak minggu lalu nama Fiza menjadi bualan dalam kalangan pengguna Twitter selepas seorang individu yang merupakan bekas adik iparnya mendakwa dia seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.

Dakwa individu yang menggunakan nama Afrina Farzana itu, Fiza menjadi orang ketiga yang memusnahkan rumah tangga abangnya dengan bekas isteri.

Tindakan individu itu mengundang banyak komen netizen yang rata-ratanya dilihat percaya dengan pendedahan yang tidak dipastikan sahih itu.

Susulan itu Fiza membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara pada 7 Julai lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Insya-Allah sekiranya ada perkembangan terbaharu, sudah tentu saya akan maklumkan.

FIZA HALIM

PELAKON

Dalam pada itu, Fiza memberitahu dia sedia berkongsi maklumat berhubung kes berkenaan pada minggu hadapan.

"Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dahulu. Insya-Allah sekiranya ada perkembangan terbaharu, sudah tentu saya akan maklumkan.

"Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan dan akan berkongsi kepada semua, " ujarnya.

Fiza mendirikan rumah tangga dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena atau Baby Aleena yang kini berusia tiga tahun.

Fiza 2

Fiza bersama tiga orang anak perempuannya.

Bagaimanapun Mei lalu, bekas anggota kumpulan Elite itu mengesahkan dia sudah bercerai dengan Aizat Al Jefri pada 22 Julai tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk rekod, Fiza sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013. Perkahwinan kedua juga tidak dapat diselamatkan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain