PELAKON veteran Jalil Hamid tidak berasa kecil hati dilabel sebagai 'hero tua' apabila masih diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam sebuah drama pada usia 64 tahun. Jalil atau nama sebenarnya Abdul Jalil Abdul Hamid berkata, pada usia 30an lagi dia sudah terbiasa memegang watak sebagai orang tua dan tidak kisah dengan gelaran tersebut. "Saya tak ada nak komen apa-apa la sebab semua pelakon kalau boleh nak jadi hero, nak jadi pelakon utama, tapi adakah keutamaan itu betul utama? ARTIKEL BERKAITAN: Terhina ditawar RM1, 500 pegang watak utama, ada pula kata Jalil Hamid tak bersyukur "Saya tak kisah sejak muda lagi saya dah berlakon jadi tua dan kebanyakan watak-watak yang saya lakonkan ingin saya memegang watak orang tua. "Waktu saya umur 30an pun orang panggil saya lakonkan watak 80 tahun even dalam teater sekalipun. Saya tak hairan dalam persoalan tu," ujarnya kepada mStar. Jalil Hamid tidak kisah digelar hero tua. Jalil ditemui pada sidang media drama Ayahanda yang diadakan secara maya baru-baru ini. Drama bersiri Ayahanda diarahkan pengarah, Datuk Ahmad Tamimi Siregar. Ia dibintangi Jalil, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim dan ramai lagi ditayangkan di slot Lestary TV3. Dalam perkembangan lain, Jalil meluahkan rasa kecewa tentang isu bayaran rendah kepada pelakon senior yang disifatkannya sebagai tidak adil. Waktu saya umur 30an pun orang panggil saya lakonkan watak 80 tahun. JALIL HAMID PELAKON Ujarnya dia pernah berkecil hati dengan beberapa produksi yang meletakkan harga terlalu rendah untuk pelakon berpengalaman sepertinya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kenapa gaji pelakon tua lagi rendah daripada gaji pelakon muda? Adakah disebabkan mereka popular atau banyak pengikut?. "Ini adalah satu perkara paling tak adil, yang menyebabkan pelakon-pelakon tua rasa terpinggir. Apa dosa mereka pelakon senior? Jalil Hamid memegang watak utama dalam drama Ayahanda. "Saya pernah ditawarkan kerja dengan bayaran RM150 untuk satu episod. Ia masih terngiang-ngiang dalam telinga saya sampai sekarang," katanya. Untuk rekod, ini bukan kali pertama penyanyi lagu Ayam ini bersuara mengenai isu bayaran untuk pelakon vetaren, dia pernah meluahkan rasa kesal itu pada tahun 2018. Akibat kelantangannya bersuara tentang bayaran rendah, dia mendakwa tidak menerima tawaran berlakon dan menganggur selama tujuh bulan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!