Demikian penegasan selebriti Ifa Raziah berhubung isu dia memilih hanya untuk disuntik vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.
Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, dia yang berdepan masalah kesihatan mempunyai alergi atau alahan pada ubat tertentu terpaksa menolak vaksin jenis Sinovac yang ditawarkan kepadanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan ketiga bertudung, niat suci Ifa Raziah dipersoal - “Saya nak kumpul banyak pahala bulan ini”
"Saya tak kisah sama ada cepat atau lambat asalkan dapat vaksin yang diinginkan.
"Lagi pun tak salah jika saya memilih vaksin kerana masih ada niat nak divaksinasi.
"Kalau diberi pilihan untuk beli sekalipun, saya sanggup beli," katanya kepada mStar pada Selasa.

Bagaimanapun menjawab mengenai tuduhan sengaja berlagak 'diva' dengan memilih vaksin, Ifa berkata dia terlebih dahulu mendapatkan konsultasi daripada pegawai perubatan yang bertugas di PPV berkenaan.
"Semasa ke PPV berkenaan pun saya bawa senarai ubat dan checklist yang menyenaraikan jenis-jenis ubat yang tidak boleh dimasukkan ke tubuh saya.
"Selepas bercerita dengan doktor yang bertugas, dia sahkan saya tidak sesuai untuk mengambil vaksin berkenaan (Sinovac).
Doktor juga mengeluarkan satu surat pembatalan vaksinasi pada hari tersebut serta perlu ditukar kepada vaksin yang lain
IFA RAZIAH
PELAKON
"Doktor juga mengeluarkan satu surat pembatalan vaksinasi pada hari tersebut serta perlu ditukar kepada vaksin yang lain dan menurut kefahaman saya ianya adalah vaksin Pfizer," katanya lagi.
Tambah Ifa dia pernah berdepan pengalaman ngeri apabila berlaku kesilapan dalam pengambilan ubat.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
"Pernah terjadi suatu ketika dulu ketika mendapatkan rawatan, doktor tersalah masukkan ubat sehingga seluruh tubuh badan membengkak macam orang kena tumbuk di bahagian muka dan block saluran pernafasan," katanya.
Bercerita tentang vaksin Pfizer yang diinginkannya itu, Ifa berkata dia juga sudah mendapatkan pandangan pegawai perubatan.

"Saya ada rujuk dengan doktor untuk bertanyakan pendapat. Malah saya juga tahu vaksin jenis lain pun bagus dan tidak mengandungi bahan yang membahayakan tubuh badan dan juga diiktirafkan halal," katanya.
Dalam pada itu Ifa berkata suami iaitu Mohd Yani Abdul Rahman dan anak perempuannya sudah menerima vaksin jenis Sinovac baru-baru ini.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!