MEDIA sosial mungkin bukan saluran yang betul namun setidak-tidaknya ia dilihat sebagai salah satu cara individu berdepan masalah mental untuk meredakan tekanan yang dialami. Hal itu diutarakan pelakon Beto Kusyairy atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman, 41, yang berharap orang ramai tidak memperlekehkan kaedah tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy siap sedia ‘payung’ jika tak boleh bekerja - “Saya bukan jenis suka meminta... beruntung ada buat simpanan” "Sekarang ni kita tengok ramai orang luah perasaan di media sosial mereka, jadi saya harap jangan sesekali kita perlekehkan mereka. "Bagi saya lebih elok sekiranya mereka ada tempat untuk lepaskan kesedihan atau kemarahan. "Cara itu lebih baik daripada mereka ambil tindakan gantung diri seperti yang kita tengok kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Perkongsian Beto di laman Twitter. Selain itu pelakon filem Istanbul Aku Datang itu juga berharap masyarakat menjadi lebih empati selain cuba menyelami masalah yang dihadapi oleh orang di sekeliling. "Saya risau tentang masalah kesihatan mental... saya cuba faham setiap orang ada masalah mereka dan level kesusahan masing-masing juga berbeza. "Jadi tidak sepatutnya kita perlekehkan orang yang tengah susah dan perit, mungkin orang begini merasakan luahan mereka itu remeh. "Orang yang memperlekehkan tu mungkin tidak berada dalam kasut mereka yang susah itu," katanya. Cara itu lebih baik daripada mereka ambil tindakan gantung diri seperti yang kita tengok kebelakangan ini. BETO KUSYAIRY PELAKON Mengakui dia turut terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Beto bagaimanapun bersyukur kerana masih ada simpanan yang dapat digunakannya pada masa kecemasan seperti ini. Dia juga berharap rakan-rakan penggiat seni sama-sama mengambil berat dan bertanya khabar dengan yang lain. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya sendiri agak struggle walaupun masih boleh bertahan guna duit simpanan... namun so far Alhamdulillah. Beto 'survive' dengan menggunakan duit simpanan sepanjang tempoh PKP. "Terus terang saya cakap, saya tidaklah mewah mana... tapi penting untuk kita ambil tahu tentang rakan-rakan industri, adakah mereka cukup makan, ada beras atau tidak. Kadang-kadang kawan-kawan ini suka memendam tapi saya akan cuba tanya khabar mereka. "Kawan-kawan yang susah ni mereka segan nak minta tolong... bukan sebab ego tapi mungkin mereka merasakan orang yang nak diminta pertolongan itu pun sekarang berada dalam keadaan susah," katanya. Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan seni, drama bersiri terbaharu lakonan Beto berjudul Lockdown bakal ditayangkan di saluran Astro Ria bermula 26 Julai ini. Selain Beto, drama arahan Erma Fatima itu turut dibintangi Nabila Huda, Izzue Islam, Zara Zya dan Azizah Mahzan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!