suria

Bimbang isu kemurungan meningkat, Syafiq Kyle utamakan kesihatan mental - “Dekatkan diri kepada Allah, jangan banyak mengeluh”

Syafiq bimbang melihat peningkatan kes bunuh diri dan kemurungan di Malaysia.

MASALAH mental yang semakin meningkat akibat pandemik Covid-19 turut mendapat perhatian pelakon Syafiq Kyle.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, berkata, dia juga mungkin boleh berdepan masalah itu jika tidak menjaga dan menitikberatkan kesihatan mentalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes bunuh diri meningkat, Aeril Zafrel saran individu tertekan luah perasaan... Wawa Zainal kongsi tip elak stres.

Oleh itu, pelakon drama Nur ini berkata, dia mengelak daripada memikirkan sesuatu masalah sehingga menjejaskan emosi.

Syafiq 2

Syafiq utamakan kesihatan mental sepanjang PKP.

"Kes bunuh diri dan kemurungan di negara kita semakin meningkat akibat pandemik Covid-19. Alhamdulillah... setakat ini saya tidak berdepan dengan masalah kemurungan.

"Tapi saya perlu memberi kesedaran mengenai isu itu dan saya tak terkejut kalau saya ada kemurungan sebab dalam keadaan sekarang ini, orang yang sihat pun berkemungkinan ada masalah itu juga.

"Sebab itu, dalam keadaan sekarang ini kita kena utamakan kesihatan mental... kena kuatkan mental. Dekatkan diri kepada Allah dan jangan terlalu banyak mengeluh dengan apa yang terjadi.

Bagi saya, pasti ada jalan untuk mengubah hidup masing-masing... Insya-Allah dengan doa.

SYAFIQ KYLE

PELAKON

"Kalau kita terlalu memikirkan masalah dan mengeluh, boleh merosakkan mental. Kita jaga kesihatan mental, Insya-allah...Allah akan permudahkan jalan untuk kita, " katanya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pelakon berusia 29 tahun itu berkongsi pendapat mengenai perkara tersebut ketika sesi temu bual drama terbaharu lakonannya berjudul Suara Hati secara maya pada Rabu.

Dalam pada itu, Syafiq mengakui penggiat seni dan pekerja belakang tabir antara yang terkesan berikutan tiada aktiviti hiburan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Syafiq 1

Syafiq sarankan supaya sentiasa utamakan kesihatan mental.

"Rasa-rasanya ramai anak seni terjejas akibat pandemik Covid-19 sebab ada diantara kami yang bekerja baru dapat gaji atau selesai projek baru dapat gaji. Jumlah yang dapat itu pun belum tentu cukup atau tidak.

"Bagi saya, pasti ada jalan untuk mengubah hidup masing-masing... Insya-Allah dengan doa. Macam saya sendiri dari segi kewangan tidaklah terlalu terjejas tapi kena jaga keadaan mental saja.

"Sebab itu saya cakap, kita kena utamakan kesihatan mental. Percaya pada rezeki... Allah tak kejam, akan tolong sesiapa sahaja yang tak berhenti berdoa, " ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain