suria

Kekal tanpa bayaran, Nabila Huda lancar laman web gilap bakat baharu... cari yang betul-betul berdisiplin

Laman web nabilahuda.com yang dicipta untuk mencari bakat baharu dalam bidang lakonan.

BERMULA dengan kelas lakonan percuma secara maya, kini pelakon Nabila Huda mewujudkan laman web iaitu nabilahuda.com untuk mencari bakat baharu.

Mengekalkan konsep tanpa bayaran, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil memberitahu tujuan dia membuka akademi lakonan itu untuk melahirkan pelakon yang berdisplin di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer nak jadi pelakon? Kena ‘hadam’ dulu pesanan Nabila Huda - “Kalau saya tak pandai berlakon... tak berani nak ambil watak utama”

Pelakon berusia 36 tahun ini berkata, sesiapa yang ingin mencuba nasib boleh mendaftar dengan menghantar video kreatif di laman web tersebut.

Nabila 1

Nabila memuat naik video sebagai rujukan kepada sesiapa yang ingin mendaftar dalam akademi yang disediakannya.

"Sebelum ini saya ada buat kelas lakonan percuma secara maya dan tiba-tiba saya dapat idea untuk kembangkan lagi kelas itu dengan mencari sesiapa yang berbakat untuk gilap kemahiran mereka.

"Kali ini, tidak sama seperti kelas sebelum ini... perancangan lebih teratur dan saya sedang usahakannya sekarang. Cuma apa yang sama adalah kelas ini masih percuma.

"Jadi, website nabilahuda.com itu merupakan profile saya, kelas dan akademi. Tujuan akademi itu diwujudkan untuk mengubah budaya industri dalam melahirkan artis yang berdisplin.

"Ada beberapa kriteria yang saya sediakan di website. Boleh mendaftar dengan hantar video dan ada beberapa peringkat yang perlu dilalui sebelum pemilihan," ujarnya kepada mStar.

Saya sangat terharu sebab ramai yang hantar video dengan efforts yang mereka berikan.

NABILA HUDA

PELAKON

Pelakon drama siri Diva Popular ini berkongsi mengenai laman web tersebut di Instagram miliknya dengan memuat naik video contoh untuk dijadikan rujukan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada awal Jun lalu, Nabila mengadakan kelas lakonan secara percuma menerusi alam maya yang disertai beberapa pelakon antaranya Aishah Azman, Sharifah Rose, Kaka Azraff dan Siti Khadijah.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik ini meluahkan rasa terharu apabila menerima banyak penyertaan daripada pelbagai peringkat umur yang bersungguh menonjolkan bakat mereka.

Mendapat pertolongan daripada pakar IT untuk laman web tersebut, Nabila turut bersyukur kerana mempunyai suami iaitu Mohd Izwan dan rakan baiknya, Yusof Hashim sebagai penasihatnya.

Nabila 2

Antara selebriti yang pernah sertai kelas lakonan Nabila secara maya.

"Alhamdulillah... ramai orang dari pelbagai peringkat umur yang mendaftar. Saya sangat terharu sebab ramai yang hantar video dengan efforts yang mereka berikan.

"Buat masa sekarang, saya yang menguruskan sendiri website tersebut dengan bantuan pakar IT iaitu Affandy yang saya kenal dia daripada Twitter dan kami berkawan sehingga sekarang.

"Rezeki saya, dia banyak bantu dari segi IT. Antara orang kuat yang menjadi penasihat saya, sudah tentu suami dan rakan baik, Yusof Hashim," katanya.

Sementara itu, anak kepada penyanyi terkenal Amy Search ini juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai copywriter dengan menghantar resume di [email protected].

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain