suria

Kerap pegang perut ketika ‘IG live’ netizen syak Neelofa dah hamil - “Mommy to be eh?”

Neelofa dilihat kerap mengusap perut ketia sesi live Instagram.

KIRA-KIRA empat bulan melayari bahtera rumah tangga, kini peminat mula mengharapkan pelakon dan pengacara Neelofa berkongsi berita gembira tentang cahaya mata.

Lebih menguatkan teka-teki apabila isteri kepada pendakwah selebriti, Haris Ismail atau Pencetus Ummah (PU) Riz ini dilihat kerap memegang dan mengusap bahagian perut menerusi sesi Instagram live pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa disiasat lagi... kali ini kes tak pakai pelitup muka di sebalik purdah

Walaupun tanpa sebarang pengesahan, rata-rata netizen memberikan komen dan ucapan tahniah kepada usahawan berkenaan.

"Mommy to be eh, Lofa macam pregnant lah, Wah! Neelofa hamil ke?” antara reaksi netizen ketika menonton live berkenaan.

alofa komen
Antara reaksi dan komen netizen.

Bagaimanapun, Neelofa atau Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, enggan membalas dan menjawab sebarang reaksi terhadap pertanyaan yang diberikan netizen.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, dakwaan yang mengatakan Neelofa hamil pernah mencuri perhatian apabila sekeping gambarnya yang seolah-olah terlihat ‘baby bump’ tular di media sosial.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Neelofa, hamil, usap perut

Artikel Lain