MENANGGUNG rugi RM18,000, pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia ditipu seorang individu didakwa berstatus Datuk Seri yang kononnya membuka tender kontrak pembersihan menggunakan nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini. Susulan itu Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 42, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, Kuala Lumpur pada 1.30 petang Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz risaukan Almy Nadia... susah tidur malam, sesak nafas dan kerap alami sakit tumit sejak hamil - “Saya kena jaga betul-betul” "Awal Jun lalu saya ada dapat offer daripada suspek yang bagi open tender kerja pembersihan daripada DBKL untuk tempoh dua tahun yang mana dia kata sepatutnya bermula bulan Julai ini. "Saya akui memang silap sebab terlebih dahulu bank in wang berjumlah RM18,000 iaitu 10 peratus daripada bon yang perlu dibayar untuk dapatkan tender tersebut tanpa ada surat hitam putih. Fizz buat laporan polis di IPD Sentul. "Apabila saya cuba nak hubungi dia balik lepas dah bank in pada pertengahan Jun, dia memang tidak angkat call atau balas mesej. Hampir sebulan saya tunggu respon dia tapi tiada jawapan... itu yang saya buat keputusan untuk buat report polis," katanya ketika dihubungi mStar. Beberapa jam selepas membuat laporan polis, Fizz berkata dia mendapat maklum balas daripada pihak polis bahawa suspek telah pun ditahan reman di IPD Kajang di atas dakwaan yang sama. Bercerita tentang taktik yang digunakan suspek, Fizz berkata individu berkenaan seorang yang pandai bercakap berkaitan perniagaan sehingga mampu mempengaruhi orang yang mendengarnya. Awal Jun lalu saya ada dapat offer daripada suspek yang bagi open tender kerja pembersihan daripada DBKL untuk tempoh dua tahun yang mana dia kata sepatutnya bermula bulan Julai ini. DATUK FIZZ FAIRUZ PELAKON "Polis baharu hubungi saya kata suspek sudah ditahan reman atas dakwaan yang sama berdasarkan report yang turut dibuat oleh mangsa lain. "Rupa-rupanya ramai yang dah terkena dengan dia... saya pernah berjumpa sekali sahaja dengan suspek dan kalau dengar dia sembang fasal perniagaan, kita memang tak sangka dia ni scammer. Perkongsian Fizz di Instagramnya. "Dia memang pandai bercakap dan manipulasi orang... saya harap tidak ada lagi mangsa yang tertipu dengan helah dia lagi selepas ini," tegasnya. Suami kepada pelakon Almy Nadia ini berharap dapat bersemuka dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mahadi Che Ngah atau Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa agar perkara ini dapat dibincangkan bersama. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kalau boleh saya memang nak jumpa sangat dengan Datuk Bandar atau Menteri Wilayah agar perkara ini dapat dibincangkan bersama sebab suspek dah mempergunakan nama DBKL untuk kerja-kerja scam dia dan benda ini dah berleluasa. "Tujuan saya nak jumpa bukan sebab nak tegakkan hujah saya tapi sebaliknya agar jangan ada lagi mana-mana individu yang berani melakukan penipuan dengan menyalahgunakan nama DBKL sehingga membuatkan ramai pihak terpedaya termasuk saya," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!