SELEPAS berdepan dengan masalah sinus hujung Jun lalu, penyanyi Ezad Lazim sekali lagi diuji apabila penyakit Gerd yang hidapinya sejak tujuh tahun lalu kembali menyerang. Susulan itu isterinya, Zeana Ramli berkata, Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 42, terpaksa menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada pagi ini, Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Ezad Lazim sakit lagi, ada ketumbuhan dalam hidung - “Penyakit sinus saya kembali, hidung kanan tersumbat... kerap berair” "Ezad akan dibedah pukul 9 pagi nanti... dia memang dah tak tahan sangat sebab itu dia bersetuju untuk buat pembedahan. "Sebelum ini Ezad susah nak pergi hospital, tapi apabila dia kata dah tak tahan tu memang betullah dia sakit sangat. Zeana berharap Ezad kembali sihat seperti sedia kala. "Dia muntah-muntah sejak semalam (Rabu), terus saya bawa dia ke hospital dan lepas kami buat swab test Alhamdulilah keputusan negatif dan saya boleh teman dia di wad sehingga selesai pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar. Gerd (Gastroesophageal Reflux Disease) adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut). Zeana turut berkata, Ezad terpaksa berpantang dengan hanya makan bubur atau makanan yang dikisar selama sebulan selain berdepan risiko masalah suara. Sebelum ini Ezad susah nak pergi hospital, tapi bila dia kata dah tahan tu memang betullah sakit sangat. ZEANA RAMLI ISTERI EZAD LAZIM "Doktor ada beritahu lepas ini Ezad hanya boleh makan bubur dan makanan dikisar sahaja untuk tempoh sebulan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Selain itu, suara Ezad juga akan bertukar sedikit serak selepas ini kerana kamera endoscopy akan dimasukkan melalui tekak untuk memeriksa organ dalam badan yang bermasalah sebelum pembedahan dilakukan. Ezad bersama isteri dan dua anaknya. "Ezad tahu mengenai perkara ini dan dia pun tidak kisah, asalkan dia kembali sihat macam dulu. Sekarang ini Alhamdulillah penyakit kencing manis dia pun dalam keadaan terkawal," katanya. Zeana turut mengharapkan peminat Ezad dapat mendoakan kesihatan suaminya agar kembali sihat dan pembedahan berjalan lancar. "Saya harap semua dapat doakan agar Ezad cepat pulih dan saya pun jadi buntu apabila dia sakit... nasib baik ada jiran yang boleh tolong jagakan anak-anak sementara saya teman Ezad di wad," katanya. Vokalis kumpulan Exists itu mendirikan rumah tangga dengan Zeana pada 29 Mac 2013 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Puteri Rania Keisha, 8, dan Putera Muhammad Darwish, 6. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!