suria

Mark Hoppus (Blink -182) luah rasa syukur, kimoterapi bantu lawan kanser

Mark menghidap kanser limfoma sejak Jun lalu.

AHLI kumpulan Blink-182 Mark Hoppus menerima berita baik berkaitan diagnosis kanser yang dihidapinya sejak Jun lalu.

Frontman kumpulan itu turut mengatakan bahawa dia bersyukur, bingung dan juga sakit daripada rawatan kemoterapi.

"Imbasan menunjukkan bahawa kemoterapi berfungsi! Saya masih perlu menjalani rawatan selama beberapa bulan, tetapi ini adalah berita terbaik.

"Ubat yang diberikan oleh doktor ke dalam diri saya dan kata-kata semangat daripada orang sekeliling membantu saya melawan kanser ini. Saya akan terus berjuang," katanya menerusi ciapannya di Twitter pada Isnin.

Pada minggu lalu, Mark mengetahui dia menderita limfoma tahap 4 dan memberitahu bahawa kanser itu telah merebak ke empat bahagian yang berbeza pada tubuhnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Salah seorang anggota kumpulan Blink-182 iaitu Travis Barker turut menyatakan kata-kata semangat kepada Mark secara terbuka.

"Mark adalah abang saya dan saya menyayanginya serta memberi sokongan kepadanya.

"Saya akan bersamanya setiap langkah di atas pentas dan tidak sabar untuk membuat persembahan bersama tidak lama lagi," kata Travis kepada E! News dalam satu kenyataan. -PAGESIX

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain