suria

Artis 80an ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan, dibebaskan dengan jaminan polis kerana hidap masalah jantung

Artis 80an yang juga bapa penyanyi wanita popular itu ditahan pada Rabu lalu. (GAMBAR HIASAN)

HARAPKAN pegar, pegar makan padi... itulah perumpamaan yang sesuai untuk artis lelaki era 80-an yang ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Artis lelaki berusia 65 tahun yang juga bapa kepada penyanyi wanita terkenal itu didakwa melakukan kegiatan tidak bermoral itu sejak Ogos tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang pada Rabu lalu.

"Kejadian pertama berlaku terhadap mangsa berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondomonium di Puchong Prima.

"Dalam kejadian ini, ia membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok berusia 65 tahun," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambah Abd Khalid, dua lagi kejadian amang seksual fizikal dilakukan suspek terhadap mangsa yang masih bersekolah di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Puchong itu berlaku pada Oktober dan November 2020.

Kedua-dua insiden berkenaan berlaku di rumah suspek di Puchong.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Perkara itu (amang seksual fizikal) sekali lagi berlaku pada Januari lalu. Disebabkan takut, pengadu hanya mendiamkan diri sebelum ini," katanya.

Susulan laporan itu, pihaknya menahan suspek terbabit di perkarangan Balai Polis USJ 8, pukul 11 malam pada 21 Julai lalu.

Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan dia menghidap penyakit jantung.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain