suria

Fikir nasib pekerja buat Mila Jirin tak pernah putus asa... terus cari jalan pertahan bisnes - “Tak tergamak buang mereka”

Mila teruskan usaha pertahan bisnes demi pekerjanya.

SITUASI pandemik Covid-19 yang panjang memberi cabaran kepada penyanyi dan usahawan Mila Jirin dalam mempertahankan perniagaan dan menyelamatkan pekerjanya daripada hilang punca pendaptan.

Mila atau nama sebenarnya, Nursyamila Jirin, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah hilang arah atau putus asa terutama setiap kali mengenangkan nasib 117 pekerja yang perlu ditanggung.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok video pakcik menangis tunggu anak balik kampung... Mila Jirin cadang kerajaan benarkan rentas negeri melawat ibu bapa

"Jujur sejak memperlahankan rentak dunia seni dan beralih ke bidang niaga, saya tak pernah ada sekelumit rasa seperti hilang arah atau kecewa.

“Saya yakin pilihan Tuhan berikan ke cabang niaga ini ada hikmah tersendiri. Cuma sekitar April tahun lalu saya tak boleh tipu, memang rasa paranoid apabila syarikat kena tutup berbulan-bulan.

Mila yang mengusahakan perniagaan Bizmilla bersama suami dan anaknya.
Mila mengusahakan perniagaan perkahwinan Bizmilla.

"Dalam hati apa akan jadi kepada survival enam syarikat saya dan 117 orang pekerja sepenuh masa serta sambilan. Tapi saya dan suami atasi kegetiran itu dengan mempelbagaikan skop niaga dengan sumber yang ada.

“Memikirkan nasib pekerja yang ramai, hati jadi sayu. Tak gamak buang mereka sebab ada yang sudah sedekad bekerja untuk saya," katanya.

Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan.

MILA JIRIN

PENYANYI / USAHAWAN

Namun, Mila berkata, dia juga akur terdapat perniagaan yang terpaksa ditutup seperti Restoran Embun Urai yang terletak di Puchong disebabkan pelbagai kekangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dalam perniagaan pasti ada yang kita dapat selamatkan dan sebaliknya. Itu lumrah.

"Yang boleh diusahakan dengan cara lain, kita usaha teruskan. Insya-Allah Tuhan beri jalan... kita jalan terus,”ujarnya.

 Coach Fadzil bersama Mila dan Ailis (suami Mila).
Coach Fadzil bersama Mila dan Ailis (suami Mila).

Sementara itu, menyedari kesukaran yang dilalui orang ramai, Mila mengambil inisiatif bagi mengurangkan beban menerusi 'Kempen RM5 Juta Tunai Percuma' dengan kerjasama Malakat Mall.

"Peruntukan wang tunai RM5 juta itu diberikan kepada pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, KL dan Melaka.

"Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E - Wallet di Malakat Eco App," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain