HANYA lima bulan mengendalikan program Muzik-Muzik 36, pelakon Daiyan Trisha tidak berkecil hati apabila tempatnya itu digantikan oleh penyanyi Sissy Iman. Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkata, dia menerima keputusan yang dibuat pihak produksi dan menganggap rezekinya bersama program nyanyian itu hanya sampai di situ sahaja. ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha geram dituduh sekadar ‘pose’ cantik di PPV, jalan pintas dapat vaksin cepat - “Saya kerja secara ikhlas tapi difitnah” "Saya anggap jodoh saya dengan Muzik-Muzik 36 sampai sini sahaja, mungkin rezeki di tempat lain. "Saya okey saja... saya faham ini arahan daripada pihak atasan, bukan saya sahaja, beberapa program lain juga terjejas. Daiyan terima segala keputusan dengan hati yang terbuka. "Rasanya kontrak ditamatkan awal... sepatutnya setahun. Saya percaya rezeki saya ada di tempat lain," katanya kepada mStar. Pelakon drama Project Anchor SPM ini berkata, hubunganya dengan Sissy Iman juga baik, malah penyanyi itu ada menghubunginya bagi meminta tip dan pengalaman mengendalikan program itu. Sampai situ saja jodoh saya dengan Muzik-Muzik 36. Mungkin rezeki dekat tempat lain. DAIYAN TRISHA PELAKON "Sissy ada contact saya dia minta tip sikit. Kami okay je. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Tak ada banyak pun saya boleh kongsikan cuma kena biasakan host virtual dan di studio sebab kedua-duanya berbeza. I wished her the best and goodluck," katanya. Sissy Iman akan mula bersiaran pada 1 Ogos depan. "Daiyan juga pun memang seorang penyanyi dan pelakon baru berjinak-jinak dalam pengacaraan, saya anggap lima bulan ini sebagai proses belajar dan pengalaman," ujarnya. Sissy Iman akan mula bersiaran di Muzik-Muzik 36 bersama pengacara Alif Satar pada setiap Ahad, pukul 11.30 pagi di TV3. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!