suria

Rupa-rupanya pelakon Fahad Iman sertai protes di Dataran Merdeka, yakin patuh SOP - “Lebih kurang sama macam ambil vaksin di PPV”

Fahad memuat naik foto dia memakai baju tulisan kerajaan gagal.

SECARA tiba-tiba nama pelakon Fahad Iman menjadi bualan netizen selepas dia menyertai satu perhimpunan bantahan di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Fahad atau Mohd Fahad Iman Mohd Zulhissham, kehadirannya ke lokasi protes dengan turut memakai kemeja-T berwarna hitam itu bagi meluahkan rasa kecewa terhadap pemerintah.

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta demonstrasi mula berkumpul sertai himpunan #Lawan di KL

Bagaimanapun tindakan Fahad itu dilihat tidak begitu disenangi segelintir pihak menerusi komen di sosial media.

Fahad 1

Fahad kongsi foto peserta demonstrasi menjaga SOP.

"Kalau tukar kerajaan pun Covid-19 ni bukan boleh hilang.

"Moga tak wujud kluster baharu," tulis beberapa netizen di Instagram.

Namun Fahad dilihat tetap dengan pendiriannya dan yakin mesej yang ingin disampaikan menerusi perhimpunan berkenaan sudah dibuat.

"Betul tu, tak ada siapa pun yang cakap kalau tukar kerajaan akan hilang Covid-19. Tapi ia boleh diuruskan dengan lebih baik," balasnya.

Apa yang saya nak sampaikan, dah disampaikan di laman sosial saya.

FAHAD IMAN

PELAKON

Menjawab tentang kerisauan umum berhubung kemungkinan wujudnya kluster baharu menerusi perhimpunan itu, Fahad bagaimanapun berkata semua yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan penganjur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"SOP dijaga waktu protes, lebih kurang sama macam ambil vaksin di PPV," katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan reaksi lanjut berhubung isu ini bagaimanapun tidak berhasil.

Fahad 2

Perhimpunan #Lawan yang diadakan pada Sabtu,

"Apa yang saya nak sampaikan, dah disampaikan di laman sosial saya," jawab Fahad secara ringkas kepada mStar menerusi mesej di Instagram pada Ahad.

Untuk rekod kira-kira pukul 11 pagi Sabtu, sekumpulan individu dilaporkan berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.

Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam, antara lain dilihat membawa bendera hitam, sepanduk menzahirkan protes dan replika jenazah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain