TAHAP oksigen yang menurun menyebabkan penyanyi Fazli Zainal terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan bantuan alat pernafasan selepas dia disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Menurut Fazli atau nama sebenarnya, Fazdli Zainal, 44, pada ketika berita ini ditulis dia sedang menunggu keputusan ujian darah dan X-ray yang dilakukan petugas kesihatan di Hospital Ampang sebelum dimasukkan ke wad. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sayang... tolong jangan tinggalkan saya” - Rebecca panik suami sesak nafas di rumah, katil hospital swasta dah penuh "Tahap oksigen saya menurun sampai ke paras 75, kalau normal 95... saya mula rasa tidak sedap badan pada waktu malam, batuk-batuk dan sukar nak bernafas. "Apabila rasa tak sedap badan macam itu, saya beritahu kawan dan dia kemudian hubungi ambulans untuk bawa saya ke Hospital Ampang. Fazli sedang menunggu keputusan ujian darah dan x-ray. "Nurse beritahu kalau saya tak pakai alat bantuan pernafasan, tahap oksigen saya boleh turun mendadak," katanya ketika dihubungi mStar. Menurut penyanyi lagu Harapan itu, dia menjalani ujian calitan pada Ahad lalu selepas salah seorang daripada kontak rapatnya didapati positif. Tahap oksigen saya menurun sampai ke paras 75, kalau normal 95... saya mula rasa tidak sedap badan pada waktu malam, batuk-batuk dan sukar nak bernafas. FAZLI ZAINAL PENYANYI Dia kemudian disahkan terkena jangkitan Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Lepas dah positif itu, saya nak pergi ke CAC (Pusat Penilaian Covid-19) keesokan harinya tapi apabila tengok berita dimaklumkan bahawa tahap satu dan dua boleh jalani kuarantin di rumah, jadi saya ambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja. Perkongsian Sharifah Zarina di Instagramnya. "Tapi apabila masuk hari Selasa saya dah mula demam, saya hanya makan ubat sahaja... cuma hari ini saya rasa sesak nafas sangat sampai terpaksa beritahu kawan. "Sekarang saya tengah tunggu result ujian darah dan X-ray sebelum ditempatkan di wad, sementara ini petugas kesihatan tempatkan saya di bilik kecemasan dahulu sebab memang hospital dah kekurangan katil," katanya. Terdahulu, penyanyi Sharifah Zarina berkongsikan keadaan terkini sahabatnya itu menerusi Instagram. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!