SEPANJANG 26 tahun berkecimpung dalam bidang seni, pelawak Douglas Lim teruja akhirnya mempunyai pekerjaan tetap selepas diumumkan sebagai penyampai radio Fly FM bermula Isnin ini. Menurut Douglas, 44, dia cukup teruja dengan kerjaya itu kerana ia merupakan pengalaman pertamanya untuk terlibat dalam bidang penyiaran radio. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Douglas Lim sindir siapa? Video parodi jadi hiburan, bekas makanan di muka paling lawak! - “Saya tak sentuh karakter peribadi” "Saya mula memasuki industri hiburan sejak berusia 18 tahun dan bergelar penyampai radio ini merupakan full time job saya yang pertama! "Sebelum ini semua orang tahu yang saya banyak buat kerja-kerja freelance... sudah tentu saya teruja nak mulakan kerjaya baharu ini dengan Fly FM. "Ia adalah satu perasaan teruja apabila saya diberikan peluang untuk lakukan suatu perkara baharu sepanjang kerjaya saya sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar. Douglas teruja sertai keluarga Fly FM. Douglas bakal bergandingan dengan deejay Fly FM, Ili menerusi segmen pagi pada setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 6 hingga 10 pagi. Bercakap mengenai cabaran untuk memulakan tugasan baharunya itu, Douglas berkata dia akan cuba mendisiplinkan diri khususnya daripada aspek pengurusan masa. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! "Saya dah kena ubah gaya hidup... selalunya penghibur ini kita tahulah tidur pukul 1 atau 2 pagi itu dah biasa... jadi sekarang saya cuba untuk masuk tidur pukul 10.30 malam setiap hari. "Selepas ini saya kena bangun pukul 4 pagi supaya sampai ke konti sekurang-kurangnya sebelum pukul 5.30 pagi. Sebelum ini semua orang tahu yang saya banyak buat kerja-kerja freelance... sudah tentu saya teruja nak mulakan kerjaya baharu ini dengan Fly FM. DOUGLAS LIM PENYAMPAI RADIO FLY FM "Dulu nak bangun tidur pergi sekolah pun tak awal macam ini... saya harap dapat displinkan diri," katanya berseloroh. Stand up comedian ini juga menjanjikan satu kandungan yang segar untuk pendengar sejajar dengan matlamat pengurusan radio Media Prima Berhad, Ripple. "Saya dapat tawaran ini sejak dua bulan lalu dan mereka cakap dalam keadaan ramai orang sekarang yang tengah tertekan, mereka harapkan saya boleh bantu dengan menceriakan pagi hari pendengar. Douglas dan Ili akan mula bersiaran bersama Isnin ini. "Kami pun dah brainstorm isi kandungan dan topik apa yang boleh diketengahkan untuk slot kendalian saya dan Ili. "Yang pasti kami tidak akan mengupas sebarang isu-isu sensitif melibatkan agama, kaum, politik dan benda-benda lucah," katanya. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kebanyakan penyampai radio di bawah pengurusan Media Prima Berhad seperti Mark Adam, Fizie, Deen dari Hot FM serta Rea (Kool FM) telah ditamatkan perkhidmatan mereka. Pihak pengurusan baharu akan menampilkan barisan penyampai baharu mereka bermula Isnin ini di stesen radio bawah naungan mereka seperti Hot, Kool dan Fly FM. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]