suria

Baju kebaya Amelia Henderson jadi perhatian dalam drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’, peminat puji nampak cantik

Amelia Henderson akui teruja menggayakan busana tradisional orang Melayu.

MANIS, ayu dan sopan. Begitulah reaksi peminat tatkala melihat penampilan pelakon berdarah kacukan India-Scotland, Amelia Henderson memakai baju kebaya menerusi drama terbaharu lakonannya, Cik Ayu Mee Sanggul.

Menurut Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thipura Henderson, 26, dia teruja apabila dapat menggayakan sebanyak 40 pasang kebaya selain tampil bersanggul bagi membawakan watak seorang janda yang mengusahakan perniagaan makanan mee sanggul.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan dipertikai, Amelia Henderson tak duduk diam... “Saya bukan Melayu tapi lahir dan besar di Malaysia”

"Saya tidak kekok malah rasa teruja sebab watak Cik Ayu ini sangat berlainan dengan karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Syukur juga ada pasukan produksi yang baik yang sentiasa membantu saya daripada segi mekap dan wardrobe untuk watak Cik Ayu. Saya rasa seronok sebab apabila muncul di TV, penampilan saya nampak lain sekali gus mewarnai watak Cik Ayu.

amelia5

Amelia mengambil masa selama 30 minit untuk bersiap setiap kali tiba babaknya.

"Nasib baik saya tak perlu handle benda ini seorang diri, saya memang perlukan bantuan ketika nak bersiap sebab nak pastikan kebaya yang digayakan itu nanti matching dengan sanggul dan aksesori lain," katanya kepada mStar.

Amelia berkongsikan pengalamannya itu ketika ditemui pada sidang media virtual drama Cik Ayu Mee Sanggul yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi drama terbitan Suhan Movies & Trading itu, Amelia pertama kali digandingkan dengan Aqasha yang disifatkannya sebagai pelakon senior yang cukup profesional.

"Bekerja dengan Aqasha memang best, banyak yang saya belajar sebab dia seorang pelakon senior yang sangat mudah dan profesional untuk bekerja bersama.

Saya perlukan bantuan ketika nak bersiap untuk pastikan kebaya yang digayakan matching dengan sanggul dan aksesori lain.

AMELIA HENDERSON

PELAKON

"Kami akan berbincang ketika baca skrip bersama-sama sebelum melakonkan sesuatu babak... memang satu pengalaman bekerja yang sangat menyeronokkan buat saya," katanya lagi.

Sementara itu, pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berkata tujuannya menerapkan imej wanita berkebaya untuk watak utama drama terbitan syarikatnya kerana ingin mengetengahkan budaya penggayaan busana tradisional itu secara meluas dalam kalangan generasi masa kini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Apa yang membuatkan watak Cik Ayu ini lagi special ialah sebab imej baju kebaya yang dia pakai.

"Salah satu sebab juga kenapa saya masukkan pemakaian kebaya ini supaya ada ramai lagi wanita-wanita di luar sana yang akan mengenakan baju kebaya seperti zaman dulu-dulu.

amelia4

Amelia pertama kali digandingkan bersama Aqasha.

"Memang ramai yang pakai baju kebaya cumanya diharapkan akan lebih meluas lagi sebab pakaian ini melambangkan budaya orang kita," ujarnya.

Cik Ayu Mee Sanggul yang diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang janda muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi 'ibu segera' kepada Uwais, anak duda tersebut yang menghidap penyakit Talasemia.

Selain Amelia dan Aqasha, drama ini turut dibintangi Shikin Kamal, Cat Farish, Fimie Don, Nabil Aqil, Dynas Mokhtar, Mahmud Ali Bashah, Wan Raja, Aznah Hamid dan adik Aryan Adzrin.

Cik Ayu Mee Sanggul menghiasi slot MegaDrama bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain