suria

Apa kesudahan nasib Haiza di Kool FM? Dua minggu dapat arahan berehat - “Saya bersedia dengan apa sahaja kemungkinan”

Haiza bersama rakan penyampai Kool FM, AG dan Muaz.

SETELAH dua minggu suaranya tidak muncul di Kool FM, nasib penyanyi Haiza sebagai penyampai radio di stesen berkenaan kini terus menimbulkan tanda tanya.

Lebih menambah keresahan apabila dalam tempoh berkenaan hanya Muaz muncul di slot Pagi Hari Di Kool.

Bagaimanapun nasib AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat masih cerah apabila dia dipindahkan semula ke stesen radio Hot FM bermula Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah umur 9 tahun, Haiza tak tertekan ditanya tentang cahaya mata kedua

Menurut Haiza atau nama sebenarnya, Rohaizah Nordin, 41, sudah dua minggu dia direhatkan daripada muncul di radio namun tetap berharap khidmatnya masih lagi diperlukan memandangkan keadaan semasa yang semakin membimbangkan.

"Buat masa sekarang, saya masih belum tahu lagi status sama ada akan terus bersama Kool FM atau tidak.

haiza2

Haiza bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

"Secara jujurnya siapa tidak risau (jika ditamatkan perkhidmatan) lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Walau bagaimanapun, saya sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.

"Kalau rezeki saya masih lagi panjang dengan Kool FM, memang saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan rezeki tersebut," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Sepanjang Julai, berita penamatan kontrak beberapa penyampai radio Hot FM dan Kool FM di bawah pengurusan radio Media Prima Berhad seperti Mark Adam, Fizie, Deen dan Rea menjadi perbualan ramai.

Saya belum tahu status sama ada akan terus bersama Kool FM atau tidak.

HAIZA

PENYAMPAI RADIO, PENYANYI

Bermula Khamis AG kembali ke Hot FM bergandingan dengan Fara Fauzana yang membuat comeback selepas 10 tahun meninggalkan dunia penyiaran radio.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bercakap mengenai perpisahan itu, Haiza berkata dia sangat sedih dengan berita tersebut kerana sudah menganggap AG dan Muaz seperti adik-beradiknya sendiri sepanjang mereka bekerjasama.

"Semestinya saya harapkan kami tidak berpecah langsung tapi mustahil untuk perkara itu berlaku kerana dalam setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

haiza1

Haiza sedih terpaksa berpisah dengan AG yang kini berpindah ke Hot FM.

"Apabila ada rombakan macam ini, saya memang sangat sedih sebab kami bertiga rapat dah macam adik-beradik sendiri.

"Tapi apa-apa pun keputusan pihak pengurusan kita perlu akur kerana mereka lebih mengetahui tentang hala tuju dengan penstrukturan semula ini," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dag Dig Dug ini memulakan kerjayanya sebagai penyampai radio dengan Kool FM sejak 2016 selepas beberapa tahun menimba pengalaman terlebih dahulu di KLFM dan Best FM.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain