suria

Hafiz Suip sedih dituduh ‘kancing’ ambil dadah - “Saya manusia biasa, stress ditanya begini”

Hafiz berasa tertekan sering ditanya tentang kesihatannya.

AKIBAT bentuk fizikal yang kelihatan semakin kurus dan cengkung, penyanyi Hafiz Suip sering diajukan soalan negatif kononnya dia mengambil bahan terlarang.

Mengakui tertekan dengan telahan seperti itu, Hafiz, 31, sekali lagi menegaskan dia berada dalam keadaan sihat dan tidak terlibat dalam aktiviti dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Teka-teki kesihatan Hafiz Suip terjawab, sudah jumpa doktor - “Sihat dan sakit kita Allah tentukan... jangan fikir banyak”

"Kalau betul-betul ambil berat, hubungi saya dan tanya secara personal. Bukannya terus menilai dan cakap eh Hafiz kurus... ni mesti kancing ni, ni mesti dadah, ni mesti family tak bagi makan.

"Macam-macam saya terima! Saya akui stress apabila ditanya begini. Saya manusia biasa... status artis dan nyanyian hanya kerjaya saya.

HAFIZZZ

Hafiz berasa tertekan sering ditanya tentang kesihatannya.



"Benda tak betul kenapa nak layan... kita tak buat kenapa nak layan? Tapi sebagai selebriti saya hanya mampu terima dan kemam, kalau buka mulut tak baik pula di mata orang," katanya kepada mStar.

Dia ditemui semasa ditemui dalam sidang media secara maya bagi mempromosikan lagu Berakhirlah Pencarianku duet bersama Ernie Zakri.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Hafiz, dia sendiri tertanya-tanya sejauh mana keikhlasan orang ramai mengambil berat tentang keadaan kesihatannya.

Kita ni manusia, lama-lama boleh jadi mental... kita pun sakit kerana kata-kata tu kan doa

HAFIZ SUIP

PENYANYI

"Alhamdulillah apa yang saya boleh katakan, saya sihat. Tapi cuba fikir, kalau anda berada di tempat saya... tertekan tak apabila selalu ditanya soalan yang sama?

"Apa sebenarnya yang orang ambil berat? Sebab asyik tanya tentang sakit. Kita ni manusia, lama-lama boleh jadi mental... kita pun sakit kerana kata-kata tu kan doa," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Hafiz Suip, Stress, sihat walafiat

Artikel Lain