suria

Dilabel penyanyi lagu kampung, Harry Khalifah tak pernah rasa rendah diri - “Saya bangga... karya itu datang daripada hati”

Harry bangga dengan semua karya yang dihasilkannya.

GEMAR mencipta lagu kampung atau 'leman', penyanyi dan komposer Harry Khalifah mengakui tidak pernah terasa hati apabila menerima kritikan negatif yang mempertikaikan genre itu.

Biarpun digelar penyanyi lagu kampung, Harry atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan, 41, tetap berbangga dengan kesemua karya yang dihasilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh NGO bantu orang susah, Harry Khalifah bukan nak cari publisiti - “Kifarah datang kalau niat tak betul”

Apak 2

Harry hasilkan lagu dari isi hatinya.

"Tak dinafikan setiap komposer pasti akan berasa tekanan dalam menghasilkan lagu. Macam saya, apa yang keluar di fikiran dan hati, saya keluarkan saja.

"Malah, semua lagu saya memang datang daripada hati. Saya bangga orang kata lagu saya kampung dan 'leman'.

"Saya bangga dilabel penyanyi lagu kampung... sedikit pun tak terkesan dengan cakap-cakap orang. Apa yang pasti saya akan terus berusaha berkarya sampai bila-bila.

"Pada saya, tak perlu nak merendahkan atau bandingkan karya orang. Semua ini datang daripada Allah. Karya itu pula datang dari hati masing-masing," katanya kepada mStar.

Tak terkesan pun dengan cakap-cakap orang.

HARRY KHALIFAH

PENYANYI

Harry atau lebih mesra disapa sebagai Apak itu berkongsi perkara tersebut ketika sesi temu bual bersama media mengenai lagu terbaharunya berjudul Seishin baru-baru ini.

Seishin juga single instrumental pertama yang Harry dilancarkan secara rasmi pada 16 Julai lalu dan video muzik lagu itu mendapat jumlah tontonan melebihi 220,000.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Harry memberitahu judul lagu tersebut diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud semangat dan mengisahkan tentang perjalanan kariernya dalam dunia muzik.

Apak 1

Video muzik lagu terbaharu Harry mendapat sambutan.

"Seishin ini menceritakan perjalanan saya dalam industri muzik yang mana bermula dari bawah dengan usaha kerja keras, naik dan turun, dicerca, dimaki sehinggalah menjadi Apak Harry Khalifah yang sekarang ini.

"Bukanlah nak berasa diri saya sekarang bagus atau hebat, tetapi dengan pencapaian sekarang saya sangat bersyukur... Alhamdulillah.

"Selain itu saya dikenali dengan karya-karya dihasilkan serta dapat memberikan sumbangan kepada artis baru," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain