suria

Artis suka bergaduh di media sosial, Zarul Umbrella tegur sifat tak matang - “Saya tak suka berdendam... dendam nak bawa pergi mana?”

Zarul kesal melihat rakan artis bergaduh sesama sendiri.

SEPERTI sudah menjadi trend, selebriti tempatan kini dilihat begitu bangga mempamerkan perasaan marah dan sifat kebencian sesama sendiri secara terbuka di media sosial.

Menyedari ia semakin kerap berlaku, penyanyi senior Zarul Umbrella berkata dia yakin kebanyakan perbalahan hanya berpunca akibat salah faham.

"So far saya tak pernah bergaduh dengan mana-mana artis. Saya juga tak berapa rapat dengan rakan artis... saya ni biasa-biasa saja.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup cuci najis? Zarul kongsi pengalaman kerjaya pramugara... “Jangan sampai menyesal”

"Tapi saya perhatikan juga kejadian artis bergaduh sesama sendiri, saya kesal juga la. Mungkin mereka buat keputusan tengah marah.

"Sebagai orang lama, nasihat saya kalau nak bergaduh... fikir la. Industri kita kecil je, pusing-pusing akan jumpa jumpa juga, jadi memaafkan sesama kita lebih penting" katanya kepada mStar.

zarul

Zarul kesal lhat rakan artis bergaduh sesama sendiri.

Zarul atau Zairulkefli Husin, 48, ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya Sepenuh Hati secara maya pada Selasa.

Tambah Zarul, selebriti seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dengan sifat yang lebih matang.

Kita semua dah dewasa... dah matang jadi pandai-pandai la fikir

ZARUL UMBRELLA

PENYANYI/PELAKON

"Buat apa kita nak gaduh? Kita manusia, kadang-kadang memang akan terasa hati... tapi buat bodoh je la.

"Kita semua dah dewasa... dah matang jadi pandai-pandai la fikir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Malah saya pun kalau terasa hati dengan produksi ke, just let go je benda tu. Perkara kecil je, kena beralah la," katanya.

14zarulll.transformed

Zarul berkahwin dengan Intan Nur Fathihah pada 29 April 2010.

Bercerita mengenai pengalamannya berdepan kecaman, Zarul berkata dia sering menggunakan kaedah psikologi bagi menukar sesuatu yang negatif kepada positif.

"Kadang-kadang ada dua atau tiga kecaman tu kita buat bodoh je... bagi saya kalau orang bagi najis kita bagi bunga.

"Tapi asasnya saya tak nak berdendam dengan sesiapa, saya tak suka berdendam... dendam nak bawa pergi mana?" katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Zarul Umbrella, tiada musuh

Artikel Lain