suria

Demam denggi punca penampilan Tony Eusoff berbeza dalam Keluarga Baha Don musim ketiga

Tony antara salah seorang pelakon yang membintangi drama Keluarga Baha Don musim ketiga.

MENGALAMI perbezaan berat badan ketara ketika tampil dalam Keluarga Baha Don musim ketiga, pelakon Tony Eusoff memberitahu dia berdepan masalah kesihatan ketika penggambaran drama itu pada musim kedua.

Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph berkata, berat badannya susut ketika penggambaran musim sebelum ini kerana baharu sahaja sembuh daripada demam denggi.

Bagaimanapun, bagi musim ketiga ini, kata Tony dia berada dalam keadaan sihat dan sedikit berisi sepanjang penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiara Jacquelina kembali berlakon selepas 17 tahun... cabar diri bawa watak kejam dalam Keluarga Baha Don

Tony 2

Perubahan berat badan Tony memberikan perbezaan dalam drama tersebut.

"Perbezaan yang sangat ketara dari musim sebelum ini dengan musim ketiga adalah berat badan saya. Untuk shooting musim kedua waktu itu saya baru tujuh hari sihat daripada kena denggi.

"Masa itu berat badan saya agak susut sikit bila mula penggambaran untuk musim kedua. Tapi bila mula shooting musim ketiga pula saya dah sihat sangat.

"Nampak perbezaan badan saya yang dah nampak naik sikit. Selain itu, tak ada apa perubahan sangat sebab pakaian atau cawat yang saya pakai dalam drama itu sama saja," kata Tony kepada mStar.

Aktor berusia 44 tahun itu berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual secara eksklusif bersama mStar yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Kalau ada dia dekat set, memang akan jadi kecoh dan meriah.

TONY EUSOFF

PELAKON

Drama arahan pengarah Syed Fariz Syed Khairuddin itu turut dibintangi oleh Remy Ishak, Susan Lankester, Jihan Muse, Mark Adam, Amy Mastura dan Namron.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menariknya musim ketiga menampilkan kemunculan empat pelakon terkenal iaitu Tiara Jacquelina, Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Dalam pada itu, Tony mengakui lokasi penggambaran yang dijalankan pada Januari lalu meriah dengan semua barisan pelakon terutama Amy Mastura.

"Sejujurnya, dekat lokasi penggambaran drama ini, Amy Mastura la paling 'pecah' (kelakar). Kalau ada dia dekat set, memang akan jadi kecoh dan meriah.

Tony 1

Tony seronok dapat bekerjasama dengan semua pelakon dalam drama tersebut.

"Memang dekat set meriah la, sebab barisan pelakon yang ramai dan mereka pun dipilih atas dasar memang kerja bagus serta menyeronokkan.

"Walaupun ada ramai di set tapi kami dekat set masih dan sentiasa menjaga SOP seperti mana yang kerajaan sudah tetapkan ketika itu," ujarnya.

Episod pertama Keluarga Baha Don musim ketiga kini boleh ditonton di Viu, manakala dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu pada hari Khamis.

Penonton yang belum menonton Keluarga Baha Don boleh menonton Musim 1 dan 2 di Viu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain