suria

Ibu, bapa bertarung lawan Covid-19, Dayah Bakar terkilan tidak dapat berada di sisi

Dayah Bakar mendoakan agar ibu bapanya kembali sihat seperti sedia kala.

JAUH berada di perantauan, pengacara Dayah Bakar berasa sedih dan terkilan apabila tidak dapat berada di sisi ibu dan bapanya yang kini bertarung nyawa melawan virus Covid-19.

Menurut Dayah, bapanya iaitu Abu Bakar Johar, 68, kini mendapatkan rawatan di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Manakala ibunya, Halimatul Kamaliah Abdul Rahim, 68, sudah dibenarkan keluar selepas sembuh sepenuhnya daripada jangkitan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 ahli keluarga Aiman Tino positif Covid-19, kesihatan ibu merosot akibat asma - “Seksa sangat batuk ni... susah nak bernafas”

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya bersatu kembali... Dayah Bakar bawa anak jumpa suami, ambil keputusan berhijrah ke Australia selama setahun

"Buat masa ini ayah saya masih lagi di ICU dan mak sudah pun dibenarkan keluar dari hospital tapi mak masih lagi dalam pemantauan dan jalani kuarantin di rumah sambil dijaga oleh kakak ipar saya.

"Anak mana yang tidak ralat jika tidak dapat bersama dengan mak ayah di waktu yang sangat memerlukan.

dayah1

Bapa Dayah masih lagi dirawat dalam ICU.

"Dalam waktu sekarang, yang termampu saya buat adalah bekalan doa untuk kedua ibu bapa tersayang supaya cepat sembuh," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada mStar.

Terdahulu, Dayah atau nama sebenarnya, Nur Hidayah Abu Bakar, 32, berkongsikan perkembangan terkini keadaan ibu dan bapanya serta memohon doa daripada peminat untuk kesembuhan orang tuanya.

Anak mana yang tidak ralat jika tidak dapat bersama dengan mak ayah di waktu yang sangat memerlukan.

DAYAH BAKAR

PENGACARA

"Doa anda semua amat bermakna buat saya dan keluarga. Terima kasih banyak, semoga Allah merahmati di atas kebaikan anda semua," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dayah yang kini berada di Canberra, Australia berkata, dia sentiasa memantau perkembangan ibu bapanya walaupun berada jauh di perantauan.

dayah2

Dayah menetap di Australia mengikut suami bertugas di sana.

"Buat masa ini, saya hanya tunggu apa-apa update untuk balik ke Malaysia. Once saya dapat tahu, saya akan kongsikan nanti dengan pengikut-pengikut saya," ujarnya.

Dayah berhijrah awal tahun lalu bagi mengikut suaminya, Muhammad Hanif Hamidi yang bertugas sebagai pegawai tentera dan terikat dengan komitmen kerja di luar negara.

Dayah berkahwin dengan Hanif pada 29 Jun 2018. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki, Achbar Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 17 Ogos tahun lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain