suria

Zoey Rahman minta netizen tak campur kemelut Siti Nordiana dengan lima sekawan - “Jangan siram minyak... biar mereka selesaikan di mahkamah”

Zoey Rahman minta netizen tidak jadi batu api.

SUSULAN kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima rakannya, pelakon Zoey Rahman menasihatkan netizen agar jangan terus menjadi batu api dengan meninggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 36, netizen tidak seharusnya masuk campur dalam urusan perundangan melibatkan artis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makin besar! Siti Nordiana hantar writ saman tuntut 5 sekawan bayar RM2.5 juta dan mohon maaf di media

"Sebenarnya saya malas nak komen... saya memang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Bagi saya netizen sepatutnya tidak masuk campur, kalau kita tidak tahu apa-apa jangan komen... takut apa yang kita komen itu akan jatuh fitnah.

"Netizen tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah... jangan masuk campur dengan siram minyak lagi. Lebih baik netizen fokus pada diri dan keluarga sendiri lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini (pandemik Covid-19)," katanya ketika dihubungi mStar.

Zoey Rahman tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Zoey pesan netizen jangan masuk campur.

Ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda rakan selebritinya itu, Zoey berkata dia berharap agar mereka dapat berbincang dengan baik demi persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

"Mungkin ada masalah dalaman sebenarnya, cuba bincang secara elok... masing-masing dah besar dan sejak remaja dah berkawan.

"Dua-dua belah pihak dah besar, nak buat sesuatu tindakan itu fikirlah apa kesan dia nanti... contohnya ketika buat live tempoh hari.

"Saya tidak memihak pada sesiapa sebab saya berkawan dengan semua orang. Berbaiklah sebab industri seni ini kecil... nanti kalau buat show jumpa juga orang yang sama," katanya lagi.

Netizen tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah... jangan masuk campur dengan siram minyak lagi.

ZOEY RAHMAN

PELAKON

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Siti Nordiana menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada lima individu yang didakwa memfitnahnya.

Lima individu berkenaan iaitu penyanyi Lan Solo dan isteri Sheila Hassim, Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G.

nana1

Siti Nordiana saman lima individu susulan dakwaan memfitnahnya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut lima individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas Lan dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain