DUGAAN buat penyanyi Amylea apabila bapanya iaitu Azizan Zainal Abidin yang kini dirawat di Institusi Jantung Negara (IJN) sejak seminggu akibat jangkitan kuman di paru-paru semakin merosot. Amylea ketika dihubungi mStar pada Jumaat memberitahu jangkitan itu berlaku disebabkan bapanya yang berusia 62 tahun mempunyai darah beku di saluran jantung. ARTIKEL BERKAITAN: Amylea angkat bendera putih, rayu derma kilat untuk bapa - “Kami buntu... ayah perlu dimasukkan ke hospital swasta” Berdepan dengan masalah buah pinggang dan hati juga, Amylea berkata, bapanya masih dalam keadaan sedar namun jantungnya sudah semakin lemah. Amylea pernah merayu untuk derma kilat bagi menampung kos rawatan bapanya. "Bapa saya masuk hospital sebab jangkitan kuman di paru-paru disebabkan masalah darah beku dalam saluran jantung dan sudah seminggu dia di IJN. "Sekarang keadaan dia masih belum stabil sebab jantung agak lemah. Doktor pun kata ada masalah di buah pinggang dan hatinya pula. Keadaan jantungnya kini hanya 18 peratus saja. "Doktor kata ikutkan pesakit yang ada masalah yang sama sepatutnya sudah tidak sedarkan diri tapi Alhamdulillah bapa saya masih sedar cuma keadaannya sangat lemah," katanya kepada mStar. Sebelum ini, penyanyi berusia 34 tahun ini memuat naik foto keadaan bapanya yang kini dirawat di hospital menerusi laman Instastory miliknya pada Khamis. Dalam keadaan sekarang ini, ramai pesakit bukan Covid-19 tak dapat dirawat di hospital. AMYLEA AZIZAN PENYANYI Penyanyi lagu Kendati itu juga berkongsi semula status rakan-rakannya yang turut mendoakan agar bapanya kembali sembuh. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, Amylea berkata bapanya sudah berdepan dengan serangan jantung sejak dua tahun lalu dan kerap berulang alik ke hospital disebabkan kesihatannya semakin merosot. Biarpun sebelum ini memilih untuk merahsiakan saja, namun dia terpaksa berkongsi perkara itu agar semua orang dapat mendoakan keadaan bapanya. "Bapa saya memang sejak dua tahun lalu kena serangan jantung dan keadaannya selepas itu semakin merosot. Kiranya sepanjang dua tahun ini bapa saya berulang alik ke hospital yang dah macam rumah kedua. Amylea memohon doa daripada semua orang. "Saya tak pernah kongsi perkara ini kepada umum tapi kali ini saya terpaksa kongsi sebab nak mohon agar semua orang mendoakan keadaan bapa saya. "Masa dia kena jangkitan kuman itu, dia terpaksa duduk di rumah selama empat hari sebab hospital kerajaan penuh. Dalam keadaan sekarang ini, ramai pesakit bukan Covid-19 tak dapat rawatan di hospital. "Keadaan sekarang sememangnya sangat tertekan buat kami. Kami perlukan doa dan bantuan orang ramai. Apa-apa ubat-ubatan kami mampu untuk bayar," ujarnya. Menerusi laporan mStar pada 31 Julai lalu, Amylea terpaksa merayu sumbangan derma kilat bagi membiayai kos rawatan bapanya yang menghidap penyakit jantung. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!