RIMAS sering menjadi buah mulut ramai sejak berita seorang selebriti ditahan polis, pelawak Tauke (Jambu) berkongsi rasa sedih dengan situasi yang menimpanya. Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, dia hairan adakah tindakan mencemarkan maruah, mengumpat dan memfitnah dianggap mulia dalam masyarakat hari ini. "Salam sahabat beriman, kita seronok bermain dengan jari. Kira seronok mengaibkan orang lain, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati.ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu nafi pelawak yang ditangkap kes permerdagangan wanita - “Bukan... saya ada dengan anak dan isteri” "Kita membuka ruang untuk menghasut agar membenci sesama makhluk... adakah kita rasa begitu mulia?" luah Tauke di Instagram pada Jumaat. mStar cuba mendapatkan penjelasan lanjut mengenai luahannya itu namun Tauke memaklumkan dia akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Perkongsian Tauke di Instastory miliknya. "InsyaAllah saya buat sidang media," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sebelum ini Tauke turut berkongsi maklumat bahawa dia dihubungi beberapa peguam namun tidak dijelaskan atas tujuan apa. Kira seronok mengaibkan orang lain, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati TAUKE JAMBU PELAKON/PELAWAK "Wah ramai lawyer call aku ni... Alhamdulillah," katanya di Instastory. Menerusi laporan mStar sebelum ini Tauke menafikan dia adalah selebriti yang ditahan polis berhubung kes pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah, Ahad lalu. Tegas Tauke dia langsung tiada kaitan dengan jenayah tersebut sebaliknya berada di rumah di Bukit Jalil ketika berita berkenaan mula menjadi kecoh. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!