DIJANGKITI virus Covid-19 buat kali kedua Rabu lalu, pelakon Aeril Zafrel kini berada dalam keadaan baik selain selera makannya kembali normal. Isterinya, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 29, berkata, sebagai langkah berjaga-jaga mereka sudah membeli mesin bantuan oksigen sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecemasan. ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel disahkan positif Covid -19 selepas jaga pengurus demam - “Kebiasaannya aku jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni” "Aeril okay sahaja sekarang dan dia jalani kuarantin di tingkat atas rumah... saya hanya naik tingkat atas untuk hantar makanan pada dia sahaja. "Saya dan anak-anak hanya berada di tingkat bawah dan tidur pun di sini. Wawa dan tiga anak pasangan ini disahkan negatif Covid-19. "Alhamdulillah setakat ini Aeril tidak mengadu apa-apa tapi saya dah beli mesin bantuan oksigen dan dah letakkan di bilik... saya pun minta dia monitor dengan alat penguji level oksigen," katanya ketika dihubungi mStar. Sebelum ini, Aeril memberitahu dia disahkan positif Covid-19 buat kali kedua pada Rabu lalu. Pelakon filem Sabda Kekasih itu pernah dijangkiti virus berkenaan pada Januari lalu selepas berjangkit daripada pengurusnya. Alhamdulillah setakat ini Aeril tidak mengadu apa-apa tapi saya dah beli mesin bantuan oksigen dan dah letakkan di bilik. WAWA ZAINAL PELAKON "Hmm, positif Covid-19 lagi. Tahun ini sahaja dah dua kali kena... padahal duduk rumah sahaja. "Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif?" kata Aeril sebelum ini. Sementara itu, Wawa mengesyaki suaminya berkemungkinan dijangkiti di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dihadiri mereka pada dua minggu lalu. Aeril lepaskan rindu dengan anak-anak menerusi panggilan video. "Saya rasa Aeril mungkin dijangkiti ketika kami pergi dapatkan suntikan vaksin pada 25 Julai lalu. "Yelah, di situ ramai orang dan kadang-kadang ada orang yang tidak berapa jaga SOP... itu yang saya syak. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Mungkin kali ini keadaan Aeril tidak berapa teruk sebab dia dah terima suntikan vaksin pertama," kata Wawa lagi. Pasangan itu berkahwin pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, serta Aya Soffya kini berusia setahun. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!