suria

“Pukul 11 malam oksigen drop sampai 40 peratus” - Shuib ‘update’ keadaan Siti Sarah, ada peningkatan tapi masih belum sedar

Siti Sarah masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan kandungannya pada petang Jumaat.

TAHAP oksigen dalam badan penyanyi Siti Sarah ada peningkatan biarpun masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang Jumaat.

Suaminya, Shuib Sepahtu memaklumkan Sarah masih memerlukan alat bantuan pernafasan dan keadaan oksigennya membimbangkan pada tengah malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ampunkan isteri saya... apa pun keadaan lepas ni saya reda” - Shuib mohon orang ramai tak putus doakan Siti Sarah

“Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar. Masih perlu bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

“Cuma pukul 11 malam oksigen drop sampai (tinggal) 40 peratus. Tapi pukul 2 pagi Alhamdulillah oksigen naik 77 peratus dan baru tadi doktor beritahu oksigen Sarah 80 peratus,” ujarnya.

Untuk makluman, kadar ideal oksigen di dalam badan manusia adalah melebihi 95 peratus.

shuib

Perkongsian Shuib di Instagram.

Dalam pada itu Shuib memohon orang ramai terus mendoakan isterinya kuat menempuhi keadaan yang sukar itu.

“Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya.

“Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” tambahnya.

Setakat pagi ini Sarah masih belum sedar. Masih perlu bantuan oksigen, cuma Alhamdulillah ada peningkatan.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Sarah menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Pembedahan berlangsung selama tiga jam iaitu selepas beberapa jam dia ditidurkan.

Penyanyi itu dimasukan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada Rabu lalu selepas mengalami batuk teruk dan oksigen dalam badan menurun akibat jangkitan Covid-19.

sarah1

Shuib mohon doakan kesihatan isterinya.

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan pada pagi Jumaat dan ditidurkan.

Sarah, 37, dan Shuib sekeluarga disahkan Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan, pasangan ini turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, i10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain