suria

[VIDEO] “Ampunkan isteri saya... apa pun keadaan lepas ni saya reda” - Shuib mohon orang ramai tak putus doakan Siti Sarah

DOA dan terus berdoa.

Begitulah harapan pelawak Shuib Sepahtu agar isterinya Siti Sarah yang kini sedang bertarung nyawa kembali pulih.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia yakin isterinya kuat mengharungi dugaan ini selepas ditidurkan sejak pagi Jumaat berikutan tahap oksigen yang rendah.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Siti Sarah selamat lahirkan bayi lelaki namun dia masih kritikal

"InsyaAllah saya cukup yakin isteri saya kuat, saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ni... anak-anak semua mendoakan dia.

"Harap Allah angkat doa kita semua, InsyaAllah Sarah akan sihat dan kita doakan juga untuk semua yang berjuang melawan Covid-19 ni," ujarnya.

Tambah Shuib, sepanjang mengenali isterinya, Sarah banyak mengubah dirinya menjadi lebih matang.

shuib sarah

Shuib bersama isterinya Siti Sarah.

Shuib turut memohon agar semua yang mengenali mereka memaafkan sekiranya isterinya itu pernah menyakiti mana-mana phak.

"10 tahun saya kenal Sarah dia yang mendewasakan saya. dia banyak mendoakan saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa dan halalkan makan minumnya... saya yakin dia akan balik. Semoga doa semua dapat permudahkan perjalanannya,

"Saya reda dengan ujian Allah ni, saya yakin setiap ujian ada kebaikan. Ampunkan isteri saya, doakan dia... saya mohon sangat sedekah doa untuk dia, apa sahaja keadaan lepas ni saya reda," katanya.

Saya mohon maafkan segala-gala sekiranya Sarah ada menyakiti hati sesiapa

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Shuib berkata demikian pada majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti Sarah yang sedang bertarung melawan Covid-19 secara maya pada Jumaat malam.

Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki selepas menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada Rabu lalu akibat oksigen dalam badan menurun.

Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada pagi Jumaat selepas kesihatannya merosot dan tidak stabil.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain