suria

“Cukup-cukuplah... ia mungkin kelakar tapi ini melibatkan maruah” - PU Riz kecewa wajah dijadikan bahan jenaka

PU Riz tegur pihak media dan blog agar kongsi berita yang lebih bermanfaat.

BENGANG jadi bahan jenaka, Pencetus Ummah (PU) Riz menegur sebuah blog agar berhenti membandingkan wajahnya dengan mana-mana individu sehingga tular di media sosial.

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 26, tindakan berkenaan disifatkan sebagai sangat tidak menjaga sensitiviti apabila seperti sengaja membuka ruang kepada netizen melemparkan kata-kata hinaan kepadanya dan individu lain.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz kongsi rezeki bantu keluarga kibar bendera putih, terima banyak DM dalam kesusahan

"Tidak mengapa kita nak buat lawak, buat kelakar tetapi (tidak baik) kalau dah sampai kita membuka ruang untuk orang berkata-kata, menghina dan mengeji.

"Saya faham ia mungkin lawak dan sebagainya tapi kena jaga sensitiviti, jangan buka ruang untuk orang berkata yang tidak perlu," katanya kepada mStar.

rizz

Perkongsian PU Riz di Instagramnya.

Sebelum ini, blog tersebut beberapa kali memuat naik gambar warga asing yang memiliki wajah seiras dengan suami kepada Neelofa ini sambil diiringi dengan kapsyen yang lucu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu Riz berkata dia terpanggil untuk memberikan komen berhubung isu ini kerana ia merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang Muslim untuk saling ingat-mengingati apabila melibatkan isu seperti ini.

“Cukup-cukuplah. Saya kalau boleh nak diam saja tak mahu jadi perhatian.

Saya faham ia mungkin lawak dan sebagainya tapi kena jaga sensitiviti, jangan buka ruang untuk orang berkata yang tidak perlu.

PU RIZ

PENDAKWAH BEBAS

“Banyak benda lain kita nak buat. Kongsilah perkara yang berfaedah daripada bercakap tentang benda-benda buruk macam ni.

"Saya faham ia mungkin kelakar tapi apabila dah sampai melibatkan maruah mesti kita pertahankan.

"Dalam agama kita ada satu bahagian yang mana menyuruh kita jaga kebajikan antara manusia, ia diwajibkan kepada semua umat Islam," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

PU Riz, Neelofa, PU Riz tegur blog

Artikel Lain