SELEPAS proses pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan Siti Sarah selamat dijalankan pada petang Jumaat, Shuib sekali lagi berdepan fasa mendebarkan tentang keadaan isterinya yang masih tidak sedarkan diri. Menceritakan semula tentang apa yang dilaluinya, Shuib berkata pada mulanya dia hampir berputus asa jika sesuatu yang buruk berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: “Pukul 11 malam oksigen drop sampai 40” - Shuib ‘update’ keadaan Siti Sarah, ada peningkatan tapi masih belum sedar "Pukul 7.45 malam semalam, oksigen Sarah jatuh sampai 69 peratus, masa tu saya rasa macam tiada nyawa dah. "Kemudian pukul 11.10 malam doktor hubungi maklumkan keadaan Sarah sangat kritikal, oksigen turun sampai 40 peratus... lagi la saya langsung tak boleh fikir apa-apa, tak tahu apa nak buat. "Tapi apabila Allah memberikan rahmatnya kepada hamba-hamba yang memerlukan dan orang ramai mendoakan Sarah... maka berlaku keajaiban apabila oksigen Sarah naik hingga 77 pera tus," katanya. Shuib kongsi perkembangan terkini Siti Sarah. Shuib berkata demikian ketika sesi bacaan Yasin untuk Siti Sarah dan bayinya yang diadakan pada malam Sabtu. Tambah Shuib dia sangat bersyukur apabila keadaan Siti Sarah terus menunjukkan perkembangan positif hingga terkini berada pada tahap 85 pada pukul 6 petang Sabtu. Ujar Shuib lagi dugaan yang dilaluinya itu turut mengajarnya erti reda, keyakinan terhadap doa dan tawakal kepada Allah. "Berkat solat hajat, bacaan Yasin... satu per satu Allah permudahkan. "Terima kasih banyak kepada semua. Ya Allah keajaiban berlaku depan mata, di saat saya merasakan tak ada harapan, tapi Allah berikan keajaiban yang saya tak pernah jangka pun... ia memang luar biasa," katanya. Sementara itu dalam satu kenyataan Shuib berkata, isterinya itu kini sudah ditiarapkan bagi memudahkan paru-paru berfungsi. "Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak. "Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan. Siti Sarah dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu. "Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya," katanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan. Pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang, Jumaat. Siti Sarah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan. Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu. Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut. Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, berkahwin pada 2011. Selain Ayash Affan, pasangan ini turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, i10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!