suria

Siti Sarah sempat tunai ibadah korban di Gaza, Nadir Al-Nuri kongsi mesej terakhir - “Seolah-olah dia mengejar timbangan amal kebaikan terakhir”

Sarah sempat menunaikan ibadah korban pada sambutan Aidiladha lalu.

TERKEJUT dengan berita pemergian Siti Sarah, rakyat Malaysia yang menetap di Gaza iaitu Nadir Al-Nuri berkongsi kebaikan yang dibuat penyanyi itu ketika hayatnya pada sambutan Aidiladha lalu.

Menurut Nadir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, isteri kepada pelawak Shuib itu menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) Instagram mengenai hajatnya mengorbankan seekor lembu untuk umat Islam di negara bergolak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Sarah mungkin ‘diganggu’, Fadzillah Kamsah minta perdengarkan ayat Ruqyah, baca doa dan hembus pada gambarnya - “Saya dapat rasakan ada gangguan lain pada dia”

“Tersentap sekejap baca berita pemergian Siti Sarah. Saya dihubungi Siti Sarah sebelum Raya Haji lepas untuk dia ikuti program korban di Gaza.

“Masa itu saya terkejut dia maklumkan untuk korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit.

“Bukan satu bahagian sahaja, seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” ujarnya.

whatapps sarah

Nadir berkongsi mesej dihantar Siti Sarah

Menerusi muat naik di Instagram dan Facebook, Nadir turut berkongsi paparan skrin perbualan antara dia dan Siti Sarah yang pada awalnya turut meminta sedekahnya itu tidak didedahkan kepada umum.

“Fasal nak post ni saya kalau boleh nak diam-diam. Tapi betul juga mungkin salah satu tanggungjawab saya sebagai orang Islam untuk war-warkan tentang korban di sana.

Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka.

NADIL AL NURI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CINTA GAZA MALAYSIA

“Saya izinkan... kita doa sama-sama moga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana dan juga Allah permudahkan urusan awak dunia dan akhirat,” tulis Sarah dalam mesej perbualannya itu.

Screen Shot 2021-08-09 at 8.04.24 AM

Siti Sarah meninggalkan empat cahaya mata.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu tambah Nadir, Allahyarham juga seorang yang sangat prihatin tentang nasib umat Islam dan sering bertanya perkembangan di Gaza.

Screen Shot 2021-08-09 at 8.29.41 AM

“Dia kerap berhubung bertanyakan tentang keadaan saudara kita di Palestin.

“Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa beliau diambil dalam keadaan memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka.

“Malah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini,” tulisnya di Instagram.

Nadir juga menyifatkan Sarah seorang yang beruntung apabila mendapat syahid dunia serta didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain