BAKAL mendirikan rumah tangga dengan aktor Kamal Adli, pelakon Uqasha Senrose terkilan dan sedih hajat untuk melihat Allahyarham Siti Sarah membuat persembahan di majlis perkahwinannya tidak kesampaian. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, berkongsi perkara itu di laman sosial bersama paparan skrin perbualan terakhir dengan arwah.ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi... satu majlis khas untuk peminat “Allahyarham seorang yang sangat baik. Ya Allah sangat sukar untuk saya terima berita ini. “Kak Sarah janji nak menyanyi di wedding Sha (Uqasha),” ujarnya. Dalam pada itu, menerusi mesej yang dikongsi Uqasha, Sarah meluahkan rasa gembira dan setuju untuk menyanyi tanpa mengenakan bayaran di majlis perkahwinan pelakon itu. Uqasha kongsi perbualan dengan Siti Sarah di Instagram miliknya. Uqasha turut mendedahkan majlis resepsi perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 19 Jun lalu di Puncak Dani Genting. Bagaimanapun, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Kalau awak, akak bagi free je. Awak kan adik kakak. Tapi akak pregnent tau,” kata Sarah. Uqasha dan Kamal Adli rancang mendirikan rumah tangga. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu. Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan. Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke pusat peribatan berkenaan pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!