suria

Siti Sarah hadir dalam mimpi Rebecca, anggap ia lambaian terakhir - "Sarah pakai telekung putih, senyum dekat saya”

Rebecca bermimpi didatangi arwah Siti Sarah dengan memakai telekung putih.

PERNAH berdepan dugaan yang sama apabila sekeluarga disahkan positif Covid-19, pelakon Rebecca Nur Al-Islam mendedahkan Allahyarham Siti Sarah pernah menghubunginya bagi bertanyakan khabar.

Rebecca berkongsi perkara itu di Instagram bersama paparan skrin memperlihatkan arwah sentiasa memberi kata-kata semangat dan doa buat keluarganya.

"Berita yang sangat sedih pagi ini, rasa lembik satu badan saya. Satu Malaysia merasai kesedihan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Rebecca Nur Islam ‘lumpuh’ diserang Covid-19, 10 orang termasuk pembantu rumah positif - “Suami teruk sedikit daripada yang lain”

"Arwah sanggup usaha dan cari nombor telefon untuk WhatsApp saya, berdoa untuk saya, suami dan anak-anak.

"Sehinggakan saya merasa sangat sayang dekat awak dan rasa sangat dekat,” ujar Rebecca.

Biarpun tidak pernah berjumpa, Rebecca sangat terharu dengan sikap arwah yang prihatin dengan kesihatannya sekeluarga ketika berdepan wabak maut itu.

ssreb

Paparan skrin perbualan akhir Rebecca bersama arwah Siti Sarah.

Tambah Rebbeca, arwah turut memperkenalkan doktor kepercayaannya jika berlaku sebarang masalah kesihatan sepanjang tempoh kuarantin.

"She WhatsApp me eventhough we never met in person.

"Dia menunjukkan keprihatinannya kepada saya dan memberikan nasihat positif berhubung Covid-19.

"Dia risau sangat masa saya sakit haritu. Siap nak kenalkan saya dengan doktor," tulisnya.

Arwah sanggup usaha dan cari nombor telefon untuk WhatsApp saya, berdoa untuk saya, suami dan anak-anak

REBECCA NUR AL-ISLAM

PELAKON

Dalam pada itu, Rebecca juga berkongsi bahawa dia pernah bermimpi didatangi arwah dengan dengan memakai telekung putih tanpa berkata apa-apa pada Jumaat baru-baru ini.

Ujar Rebecca dia menganggap perkara itu sebagai satu petanda bahawa arwah memberikan lambaian terakhir buat dia dan keluarga.

"No wonder saya mimpi hari Jumaat lepas, Sarah pakai telekung putih dan tersenyum dekat saya tanpa berkata apa-apa.

"Rupa-rupanya Sarah nak tinggalkan kami semua rakyat Malaysia yang sangat-sangat menyayangi Sarah,” tulisnya lagi.

Pada 8 Julai lalu, Rebecca mengesahkan dia dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif Covid-19.

rebecca

Rebecca dan tujuh anggota keluarga serta tiga pembantu rumah positif Covid-19 pada 8 Julai lalu.

Kesemua ahli keluarga termasuk suaminya Rebecca sembuh daripada jangkitan itu selepas 14 hari kuarantin.

Sementara itu, Rebecca turut tidak melepaskan peluang bagi memberi penghormatan terakhir melihat pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pasu, Gombak.

“Sarah saya datang nak tengok buat kali terakhir. Saya akan tengok Sarah dari jauh.

“Terlalu ramai orang tengok Sarah” ujarnya.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain