suria

“Mak selesa tidur meniarap” - Achey lega pernafasan ibu lebih lancar, masih boleh buat ‘video call’

Mak Achey sedang sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor akibat jangkitan Covid-19.

PERKEMBANGAN positif yang ditunjukkan ibu Achey iaitu Ngaisah Hassan yang sedang menerima rawatan di Hospital Segamat, Johor akibat jangkitan Covid-19 melegakan pelawak itu.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35, ibunya kini lebih mudah untuk bernafas selepas doktor mencadangkan untuk tidur dalam keadaan meniarap.

"Dah empat hari mak saya tidur meniarap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jatuh sakit, Achey sedia jual motor tampung kos rawatan - “Memang rasa ralat dah laburkan duit simpanan untuk bisnes”

"Doktor suruh tidur meniarap. Apabila tanya mak, dia pun kata lebih selesa tidur meniarap.

"Mak kata posisi macam tu buat dia lebih mudah untuk bernafas," katanya kepada mStar.

Menurut Achey dia kerap berhubung dengan ibunya itu menerusi panggilan video.

Berkongsi lanjut tentang keadaan kesihatan, dia berkata ibunya masih dalam keadaan stabil namun mengalami simptom hilang deria rasa.

Bagaimanapun, tekanan oksigen ibunya tidak stabil dan perlu pemantauan rapi.

"Mak masih boleh berinteraksi, cuma agak lemah dan deria rasa dah hilang.

Mak berada pada tahap tiga tetapi ditempatkan di wad tahap empat disebabkan perlu pemerhatian yang lebih

ACHEY BOCHEY

PELAWAK

"Oksigen pun turun naik. Kejap ok kejap tak, tapi mak tak demam. Doktor beritahu mak ada radang di paru-paru dan ubat anti-radang kini digunakan.

"Mak berada pada tahap tiga tetapi ditempatkan di wad tahap empat disebabkan perlu pemerhatian yang lebih," katanya.

Sebelum ini Achey berkongsi khabar duka apabila tiga ahli keluarga iaitu ibu, abang dan kakak disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Segamat.

Sehingga kini hanya kakaknya sudah kembali ke rumah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Achey, keadaan mak, wad

Artikel Lain