suria

Keadaan Ahmad Firdous merosot, situasi sama seperti arwah Siti Sarah - “Paru-paru dia tak berapa baik”

Keadaan abang ipar Shuib iaitu Ahmad Firdous semakin merosot.

SELEPAS ditidurkan pada pagi Khamis akibat tahap oksigen menurun, keadaan abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous diberitahu semakin merosot.

Adik iparnya yang juga pelawak Shuib Sepahtu berkata, Ahmad Firdous yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang berada dalam keadaan tidak baik.

"Semalam saya ada maklumkan di Instagram (IG) mengenai keadaan abang ipar yang dimasukkan ke ICU dan ditidurkan pada pukul 5 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan susu badan sendiri, Syatilla Melvin jelaskan kekeliruan mahu jadi ibu susuan Ayash Affan... kongsi perbualan dengan Shuib

"Kemudian pada pukul 11 pagi, kakak ipar hubungi dan beritahu keadaan Ahmad Firdous tidak berapa baik.

"Doktor memberitahu situasi dialami abang ipar hampir sama dengan arwah Siti Sarah... paru-paru abang ipar tidak baik," katanya.

WhatsApp Image 2021-08-13 at 1.29.01 AM (1)

Ahmad Firdous bersama isteri dan anak-anak

Shuib berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Siti Sarah yang dikendalikan secara virtual, malam Khamis.

Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad berkata, hubungan Ahmad Firdous dengan arwah Siti Sarah sangat rapat dan berharap bacaan yasin dan doa yang diadakan dapat memberi kekuatan kepada abang iparnya melawan Covid-19.

Semoga Allah memberi kemudahan kepada abang ipar. Dia baik orangnya dan sangat rapat dengan arwah.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

"Semoga Allah memberi kemudahan kepada abang ipar. Dia baik orangnya dan sangat rapat dengan arwah.

"Semoga dengan bacaan Yasin dan doa pada malam ini abang ipar terus diberi kekuatan untuk bangun dan berjuang... InsyaAllah," katanya.

Sementara itu Shuib memaklumkan dua kakitangannya turut disahkan positif Covid-19.

WhatsApp Image 2021-08-13 at 1.29.02 AM

Ahmad Firdous bersama ayahnya Raissuddin Hamzah.

Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca Covid-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain