suria

Shuib kena usaha cari susu ibu untuk Ayash Affan, tapi kena hati-hati - “Pastikan nasab dia... susu ni akan jadi halal sampai kiamat”

Shuin berusaha mendapatkan ibu susuan untuk anak pramatangnya

DEMI kebaikan dan kesihatan bayi, pelawak Shuib Sepahtu dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan susu badan untuk anak pramatangnya, Ayash Affan.

Menurut pendakwah terkenal, Haslin Baharim, tiada halangan daripada sudut agama untuk Shuib mendapatkan bekalan susu ibu yang terbukti mengandungi banyak khasiat untuk bayi.

"Tak ada masalah untuk anak tu minum susu ibu (bukan ibu kandung) kerana yang penting moga-moga itu yang terbaik untuk anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan susu badan sendiri, Syatilla Melvin jelaskan kekeliruan mahu jadi ibu susuan Ayash Affan... kongsi perbualan dengan Shuib

"Semua tu yang terbaik untuk anak. Satu kerugian yang amat besar kalau bayi tidak diberikan susu manusia... susu ibu," katanya.

Haslin berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Siti Sarah yang dikendalikan secara virtual, malam Khamis.

sarahh

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak bersama Allahyarham Siti Sarah.

Sebelum ini mStar melaporkan mengenai kebimbangan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, tentang status dari sudut hukum agama jika dia mahu mendapatkan susu badan daripada wanita lain untuk anaknya.

Persoalan tentang hal berkenaan muncul selepas doktor mencadangkan supaya suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin itu mendapatkan bekalan makanan utama bayi itu bagi menggantikan susu formula.

Sementara itu pendakwah berkenaan turut berpesan supaya Shuib berhati-hati dalam mendapatkan susu berkenaan kerana ia bakal menjadi darah daging anaknya untuk seumur hidup.

Tapi kena pastikan identiti, nasab dia... sebab susu ni akan jadi halal sampai kiamat.

HASLIN BAHARIM

PENDAKWAH BEBAS



"Tapi kena pastikan identiti, nasab dia... sebab susu ni akan jadi halal sampai kiamat.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 pada pukul 5.13 pagi pada 9 Ogos lalu.

Allahyarham meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Shuib, Siti Sarah, Ayash Affan, ibu susuan

Artikel Lain