suria

Berjaya kumpul dana RM100,000, Mawar Rashid ambil risiko hantar sendiri sumbangan ke Hospital Selayang

Mawar tetap ambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

PERNAH melalui pengalaman menjadi pesakit Covid-19, pelakon Mawar Rashid mengakui dia dan suaminya iaitu Raf Yaakob berasa takut keluar rumah biarpun hanya untuk membeli barangan keperluan.

Namun demi menjalankan tanggungjawab dan amanah, Mawar, 26, sanggup mengambil risiko dengan menghantar sendiri barangan dan sumbangan orang ramai ke Hospital Selayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat hairan Mawar Rashid ‘hilangkan’ diri, 2 minggu tak muncul di IG... rupa-rupanya sekeluarga positif Covid-19

Pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata dia dan suaminya sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) selain memakai pakaian perlindungan peribadi (PPE) sepanjang berada di hospital tersebut.

Mawar 1

Mawar bersama suami memberi sumbangan kepada Hospital Selayang.

"Sejujurnya memang sangat takut dan setakat ini, suami saya pun tak keluar beli barang dapur. Kalau nak beli pun, kami upah orang belikan... memang tak berani nak keluar langsung.

"Tapi disebabkan saya nak jalankan tanggungjawab dan amanah duit hasil derma daripada rakyat, sebagai bukti saya kena beranikan diri, ambil risiko untuk keluar hantar sendiri sumbangan ke hospital terpilih.

"Tapi masa hantar barang-barang hasil daripada sumbangan orang ramai itu, saya memang jaga betul-betul SOP malah siap pakai baju PPE juga," katanya kepada mStar.

Menerusi laman Instagram Mawar memberitahu dia bersama suami dan beberapa rakan selebriti antaranya Zoey Rahman dan Eyra Hazali berjaya mengumpul sebanyak RM114,000.

Saya sendiri pernah kena Covid-19 dan tak nak benda itu berulang lagi.

MAWAR RASHID

PELAKON

Sumbangan daripada orang ramai yang menyertai Instagram Live (IG Live) Mawar itu dikumpul selama tiga hari dan diserahkan kepada Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini mengakui dia juga berasa bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 yang sangat tinggi.

Tidak mahu melalui pengalaman pahit buat kali kedua, Mawar dan keluarganya tetap terus menjalani kuarantin di rumah dan menganggap diri mereka masih dijangkiti wabak tersebut.

"Ramai rakyat Malaysia yang berasa paranoid macam saya terutama orang yang pernah kena Covid-19... ahli keluarga masuk hospital. Memang sangat takut. Saya sendiri pernah kena dan tak nak benda itu berulang lagi.

Mawar 2

Mawar bersama suami memakai pakaian PPE ketika menghantar barang sumbangan ke hospital.

"Satu keluarga saya positif dan Alhamdulillah semua sudah sembuh. Rasa seperti diberi kehidupan kedua... macam mati hidup semula. Sebab itu, kami sekeluarga memang terus kuarantin sampai sekarang.

"Kami anggap diri masih positif... tak nak la kena buat kali kedua sebab doktor pun ada beritahu kali kedua kena boleh jadi teruk," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 25 Julai lalu, Mawar mendedahkan dia mendiamkan diri daripada laman sosial selama dua minggu disebabkan dia dan keluarganya dijangkiti Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain