suria

Elizad bertudung selepas dapat hadiah shawl daripada suami, tapi dikritik masih nampak leher - “Saya sedar tidak sempurna, masih tercari-cari”

Elizad menerima respon positif daripada Ustazah menerusi DM di Instagram.

LAMA memasang niat untuk berhijab, pelakon Elizad Mohamad Sharifudin akhirnya tekad membuat keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dalam penampilannya.

Kata Elizad, dia memilih awal Muharam atau 10 Ogos lalu sebagai tarikh yang paling sesuai untuk memulakan penghijrahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga hari tutup telefon, Elizad kembali positif - “Bukan mudah saya dan keluarga lalui perkara ini”

"Sebenarnya semasa Awal Muharam hari tu, jatuh pada hari Selasa saya mula mengenakan shawl ni dan persediaan lebih awal tu memang dah ada.

"Masa duduk-duduk di rumah, saya terima bungkusan dari husband, dia ada bagi shawl tapi tak bagi hint apa pun atau suruh saya pakai.

"So saya sarungkan kat kepala. Saya tanya pada husband cantik ke saya pakai tudung, husband kata lagi cantik. So saya bawa pergi kerja la dan permulaan yang baik untuk saya pakai sampai hari ni," katanya kepada mStar.

Pada Jumaat, Elizad memuat naik sebuah foto yang memperlihatkan dia memakai turban.

Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM ini meluahkan perasaan sedih apabila wujud segelintir netizen yang mempertikaikan niatnya apabila tidak menutup aurat dengan sempurna.

Dia juga terpaksa menutup ruangan komen apabila menerima pelbagai kecaman daripada netizen yang menegur gaya pemakaian tudung itu.

Kata Elizad, apa yang dilakukan itu sebagai langkah pertama hijrahnya.

"Saya sedar saya tidak sempurna, ada juga bahagian yang saya belum tutup. Saya takut orang cakap saya berhijab untuk nampak baik.

"Saya berhijab bukan untuk orang nampak saya sempurna, saya masih tercari-cari dan terus doakan saya.

"Umur dah 37 tahun, masa horay-horay waktu muda dulu Allah dah bagi lama sangat,” ujarnya.

Saya berhijab bukan untuk orang nampak saya sempurna, saya masih mencari-cari dan terus doakan saya

ELIZAD SHARIFUDDIN

PELAKON

insert elizad

Perkongsian Elizad di Instastory miliknya.

Tambahnya lagi, semasa pemergian Allahyarham Siti Sarah pada 9 Ogos lalu dia juga menerima hadiah tudung namun tidak berkesempatan untuk memakainya.

Ujarnya, dia menerima hadiah itu awal pagi selepas pemergian arwah dan menganggap itu hadiah terakhir untuknya.

"Ketika sarah pergi dia ada bagi saya tudung cumanya saya tidak berkesempatan untuk buka

"Pukul 5.13 pagi dia meninggal, kira-kira pukul 7.30 pagi tu juga tudung sampai depan rumah.

"Dia kawan yang baik, dan bukan pakai tudung sebab dia, memang dah lama dah ada niat," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain