suria

Selepas nekad bertudung, Vicha kini mahu belajar mengaji al-Quran - “Sampai bila nak tunggu, takut tak sempat kumpul bekalan akhirat”

Vicha tampil berhijab sejak Jumaat lalu.

EMPAT hari menjalani keputusan untuk berhijab, pelawak Vicha Saywho mendedahkan hatinya terdetik untuk berubah selepas dirinya jatuh sakit baru-baru ini.

Selain itu, kata Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman pemergian Allahyarham Siti Sarah secara mengejut akibat Covid-19 itu juga menguatkan lagi hatinya agar tidak menunggu lama untuk berubah.

ARTIKEL BERKAITAN: Vicha Saywho jatuh sakit, bimbang keadaan anak-anak di Indonesia - “ Dua tahun tak jumpa... penjaga mereka positif Covid-19”

“Sejujurnya saya memang dah lama berniat nak pakai tudung tapi hati sentiasa memikirkan macam-macam... takut nanti dah pakai lepas itu buka dan fikir soal kerja juga.

“Tapi saya fikir, sampai bila nak tunggu. Bila tengok arwah Siti Sarah pergi meninggalkan kita secara mengejut dan Allah beri saya sakit baru-baru ini membuatkan hati saya lebih kuat untuk berubah.

vita

Vicha berkongsi berita gembira itu dengan keluarganya yang berada di Indonesia.

“Kita tak tahu bila ajal kita, bila Allah akan ambil nyawa kita... mana tahu tak sempat nak kumpul bekalan untuk akhirat. Jadi, sekarang ini saya nak lupakan duniawi dan fokus untuk akhirat,” katanya kepada mStar.

Pada Sabtu, Vicha memuat naik foto memperlihatkan penampilan terbaharunya di laman Instagram dan rata-rata netizen memuji serta mendoakan agar pelawak itu terus istiqamah dalam penghijrahan tersebut.

Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos lalu, Vicha diserang penyakit gastrik sehingga terpaksa dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri pada Isnin gara-gara terlalu memikirkan keadaan anak-anak di Indonesia yang sudah dua tahun tidak bertemu.

Kita tak tahu bila ajal kita, bila Allah akan ambil nyawa kita

VICHA SAYWHO

PELAWAK

Selain mengalami gastrik yang teruk, Vicha juga memberitahu dia berdepan dengan masalah kurang darah merah dan kini bergantung pada ubat-ubatan.

Dalam pada itu, Vicha memberitahu biarpun pada mulanya berasa bimbang soal kerja namun dia bersyukur menerima lebih banyak rezeki selepas melakukan perubahan tersebut.

Malah lebih menggembirakan apabila Vicha menerima banyak mesej positif selain ramai orang serta selebriti yang mengajaknya menyertai kelas mengaji Al-Quran.

“Sebelum nak pakai tudung memang terfikir soal kerja memandangkan kerja sebagai pelawak ini memerlukan bawa banyak karekter. Tapi rezeki saya lagi murah, ramai yang minta saya buat review di laman sosial.

WhatsApp Image 2021-08-16 at 11.13.53 AM

Vicha berasa gembira menerima mesej positif daripada netizen dan rakan selebriti.

“Alhamdulillah... selepas saya pakai tudung ini membuatkan hati saya lebih tenang dan ikhlas menerima apa saja perancangan yang Allah sudah rkan untuk saya.

“Apa yang membuatkan saya lagi terharu apabila menerima mesej positif daripada netizen dan rakan selebriti. Ada yang mengajak saya sertai kelas mengaji Al-Quran.

“Malah ada yang nak mengajar saya mengaji secara percuma. Saya memang dah lama nak belajar tapi rasa malu sebab diri tak berapa pandai,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain