suria

Nazrief Nazri bengang individu tanya status halal makanan pantang isteri - “Takkan saya tak tahu hukum... fikir dulu sebelum komen”

Nazrief bengang soalan tak sensitif yang diajukan seorang pengikut di Instagram.

HALAL ke? Itu pertanyaan diajukan oleh seorang netizen terhadap makanan berpantang isteri kepada pelakon Nazrief Nazri sehingga membuatkan pelakon itu berasa marah.

Mengakui bengang dengan pertanyaan itu, Nazrief berkata dia masih waras dan tahu membezakan halal dan haram sumber makanan yang diberikan kepada keluarga.

"Kalau ikutkan saya jarang nak sembur netizen tapi apabila ada orang yang tak sensitif komen macam tu... memang geram la! Ya mungkin dia sekadar nak tanya tapi soalan macam tu boleh fikir logik kut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya potong tali pusat dan tengok dia keluar” - Nazrief Nazri syukur dapat teman isteri bersalin, sambut kelahiran bayi lelaki

"Takkanlah saya tak tahu hukum sampai sanggup nak bagi anak isteri makanan tak halal. Fikirlah dulu sebelum nak komen," katanya kepada mStar.

Nazrief sebelum itu berkongsi video isterinya, Aizatul Aqma Hamdan berpantang selama 30 hari di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Sebelum nak komen fikir perasaan orang lain dulu, jangan menulis sesuka hati!

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Dalam video itu, Nazrief dilihat menyediakan kelengkapan untuk isterinya termasuklah menyuapkan makanan.

Namun, ada pengikut meragui status makanan yang disediakan oleh pusat penjagaan itu.

nazrief 1

Nazrief balas komen seorang pengikut di Instagram.

Sementara itu, pelakon drama Rindu Yang Terindah ini meminta pengguna media sosial berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu kerana dibimbangi boleh menyinggung perasaan orang lain.

"Sebelum nak komen fikir perasaan orang lain dulu, jangan menulis sesuka hati... fikir komen tu akan buat orang terasa atau tak?” ujarnya yang turut memaklumkan isteri dan anaknya sudah pulang ke rumah pada Isnin.

Nazrief dan Aizatul menimang cahaya mata sulung lelaki pada 19 Julai lalu di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain