suria

Peniaga tak jujur! Ika Nabila selamba masuk kedai, sijil vaksin tak disemak - “Jangan pentingkan diri, jaga keselamatan pembeli juga satu amanah”

Ika mohon agar semua pihak tidak mementingkan diri sendiri.

SEJAK kerajaan mula memberi beberapa kelonggaran kepada individu yang lengkap dua dos vaksin, media sosial mula dipenuhi dengan pelbagai perkongsian aktiviti beli-belah dan makan di kedai.

Tapi nampaknya ada juga peniaga mahu pun pelanggan yang tidak jujur dalam arahan pematuhan produser standard operasi (SOP) yang ditetapkan.

Kesal dengan sikap acuh tidak acuh itu, pelakon Ika Nabila Abdul Rahim berkongsi pengalamannya memasuki sebuah kedai tanpa diperiksa sijil vaksinasi lengkap.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh 'dine-in' di negeri Fasa 1 PPN mulai esok

Tegas pelakon berusia 32 tahun ini, pemilik premis sepatutnya menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab supaya tidak membahayakan orang lain.

Ika 1

Ika memuat naik perkongsian individu yang tidak menerima vaksin bangga dapat masuk kedai dan restauran.

"Tolong ya Malaysian kalau tak nak vaksin, just keep it to yourself. Sejujurnya, ya memang ada sesetengah kedai yang tak tengok sijil.

"Ia berlaku kepada saya juga sewaktu pergi beli ayam di kedai mamak berhampiran KLCC. Ini amanah, menjaga keselamatan pembeli juga amanah.

"Sebagai pemilik peniagaan, benda ini yang kita fikir dahulu. Kita tidak mahu membahayakan pelanggan, begitu juga perniagaan kita," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Ika berkongsi paparan skrin status seorang individu yang berbangga dia tidak divaksin namun masih boleh menikmati kelebihan seperti orang yang menerima vaksinasi lengkap.

Bayangkan orang yang datang kedai kita bawa virus.

IKA NABELLA

PELAKON

Menerusi perkongsian tersebut, individu itu berkata dia juga boleh memasuki kedai dan makan di restoran tanpa diperiksa sijil penerimaan vaksin penuh.

Dalam pada itu, pelakon drama Kanvas ini memberitahu perniagaan boleh beroperasi seperti sediakala sekiranya semua individu menerima suntikan vaksin.

Walaupun menyedari suntikan vaksin adalah hak individu, Ika memohon agar semua pihak sentiasa memikirkan keadaan orang lain.

"Makin kurang orang yang menjangkiti dan terjangkit dengan beberapa simptom maksudnya makin cepatlah perniagaan kita boleh beroperasi seperti sediakala.

Ika 2

Ika berdoa agar semua perniagaan dapat beroperasi seperti sediakala.

"Tolong jangan pentingkan diri sendiri. Kalau tak nak fikir orang pun, fikir la keluarga. Bayangkan orang yang datang kedai kita bawa virus.

"Walaupun dah vaksin sepenuhnya lepas itu berjangkit dengan orang yang datang tak ada vaksin? Kemudian orang tu bawa balik virus pada warga emas dan anak-anak.

"Punca? Kita (sebab ambil mudah pada SOP). Ya, vaksin hak individu tapi kita boleh bantu daripada segi lain. Contoh amanah ini," ujarnya.

Menerusi laporan mStar, individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk melakukan aktiviti dine-in di restoran mulai 20 Ogos lalu.

Kemudahan itu adalah tambahan kepada kelonggaran sektor sosial selepas dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain