STATUS sebagai suami orang tidak menghalang pelakon Remy Ishak untuk terus berkarya dalam bidang lakonan sekali gus menghiburkan para peminatnya. Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, dia menyedari ramai dalam kalangan selebriti mengambil keputusan untuk bersara selepas berkahwin. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau ada yang patah hati tolong maafkan saya” - Remy Ishak janji terus hiburkan peminat walaupun sudah berstatus suami orang Bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun itu tetap akan berada dalam dunia seni kerana ia merupakan minat yang sudah tertanam dalam dirinya. "Saya ada terima banyak pertanyaan mengenai perkara itu (bersara). Saya tahu ada saja rakan selebriti yang ambil keputusan berhenti selepas berkahwin. Remy pilih Ezza Yusof sebagai suri hatinya. "Tapi kalau orang bertanya, saya akan jawab yang saya takkan berhenti daripada dunia lakonan sebab ia adalah minat saya... saya minat berkarya dalam movie. "Itu saja waktu yang saya boleh lari daripada dunia nyata dan saya rasa enjoy. Jadi, saya akan terus berada dalam dunia seni dan berkarya," katanya kepada mStar. Pelakon Pujaan Hati Kanda itu selamat bergelar suami kepada Ezza Yusof dengan sekali lafaz pada 21 Ogos lalu. Dunia pun tak stabil lagi sekarang begitu juga ekonomi dan situasi politik negara. REMY ISHAK PELAKON Majlis akad nikah pasangan sama cantik sama padan ini berlangsung secara sederhana dan tertutup di Masjid Negara, Kuala Lumpur mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Dalam pada itu, pelakon drama Keluarga Baha Don ini memberitahu dia dan isterinya tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat. Melihat perkembangan pandemik Covid-19 yang terus melanda dunia, Remy berasakan kini bukanlah waktu yang sesuai untuk dia mendapatkan cahaya mata. Remy dan Ezza tidak mempunyai perancangan dalam soal zuriat. "Dunia pun tak stabil lagi, begitu juga ekonomi dan situasi politik negara. Sepanjang tempoh dua tahun akan datang kita relaks dahulu. "Tak perlu nak memikirkan soal anak-anak. Tapi kalau Allah kurniakan, Alhamdulillah... kami terima sahaja rezeki yang datang. "Tapi untuk ada lebih daripada tiga orang anak dalam tempoh lima tahun, ia tak mungkin akan berlaku," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!