PENYANYI Amir Masdi berkata peluang melangkah ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35 awal tahun lalu sedikit sebanyak membantu menaikkan namanya dalam industri. Menurut Amir atau nama sebenar Amir Syazwan Masdi, 25, dia kini lebih dikenali selepas lagu nyanyiannya berjudul Kau Sakiti berjaya menempatkan diri dalam 12 lagu terbaik. "Saya dapat ramai peminat baru selepas menyertai AJL... sejak itu orang mula mahu lebih mengenali siapa itu Amir Masdi selepas agak lama saya bekerja keras dalam bidang ini. Tapi saya tak boleh berasa selesa dengan apa yang saya dah capai. ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi seronok nama trending selepas persembahan di AJL35, ‘follower’ pun bertambah! "Sebagai contoh, sekalipun dah berjaya memasuki AJL tidak bermakna saya perlu berehat kerana sudah berada di pentas itu. "Sebaliknya, saya perlu terus berusaha dan tingkatkan lagi pencapaian di masa hadapan. Walaupun sudah masuk AJL, kalau boleh selepas ini saya berazam nak menang pula. Amir Masdi selesa dengan imej berambut panjang. "Dalam masa sama, saya mahu sentiasa ada peningkatan dalam kerjaya agar terus bertahan dalam industri dan disebabkan itu, saya akan terus berusaha dan memajukan diri," katanya. Menyentuh mengenai imej, Amir berkata dia selesa untuk terus kekal berambut panjang kerana fesyen itu sudah sinonim dengan dirinya. Saya selesa dengan imej ini dan tetap akan begini. Sejujurnya ramai yang bersetuju saya teruskan dengan imej ini. AMIR MASDI PENYANYI "Secara peribadi saya melihat imej ini paling sesuai untuk saya. Pada masa akan datang, tak pasti lagi... kalau jumpa idea baru, mungkin akan bertukar tapi untuk sekarang saya akan kekal dengan imej ini. "Saya selesa dengan imej ini dan tetap akan begini. Sejujurnya ramai yang bersetuju saya teruskan dengan imej ini," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Amir baru sahaja melancarkan lagu Esok hasil ciptaan bersama Shazee Ishak dan Audi Mok. Amir tampil dengan lagu baharu berjudul Esok. Lagu bergenre modern rock terbitan syarikat rakaman Nova Music itu sudah dirakam sejak awal tahun ini lagi. "Lirik lagu ini mengikut konsep dan idea daripada saya sendiri. Saya mahu sampaikan sesuatu yang boleh memotivasikan diri dan memberi semangat sebab sekarang semua orang berada dalam suasana suram akibat pandemik yang berpanjangan. "Menerusi lirik lagu ini saya nak pujuk hati dan menenangkan orang. Shazee faham apa saya cuba sampaikan dan dia yang menulis liriknya. Saya pula tidak begitu mahir dalam penulisan lirik lagu, itu sebab saya minta tolong dia. "Lagu Esok sudah disiapkan sejak awal tahun ini, cuma kebetulan saya juga ada beberapa lagu lain untuk dilancarkan sebagai single terbaharu. Malah, ikut perancangan asal nak keluarkan lagu yang muziknya lebih up beat tapi selepas berbincang dengan pasukan, semua sepakat untuk lancarkan lagu Esok dulu," katanya. Lagu Esok terbitan Nova Music boleh distrim di semua platform muzik digital bermula Jumaat. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!