PENYANYI Aishah yang disahkan positif Covid-19 terpaksa dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada malam Isnin bagi mendapatkan rawatan lanjut. Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, berkata, dia mengalami beberapa simptom seperti demam dan semput sebelum membuat keputusan untuk melakukan ujian calitan (swab test). ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sungai palsu di skrin digital, Aishah alami mabuk laut malam ‘rehearsal’ AJL35 - “Mungkin sebab saya merenung air itu... tiba-tiba pening sampai muntah” "Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. "Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh," katanya. Aishah alami simptom Covid-19. Terdahulu, Aishah menerusi Instagram berkongsi pengalaman mencemaskan apabila dia dibawa ke hospital menaiki ambulans selepas beberapa jam disahkan positif Covid. "Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang," tulisnya pada ruangan kapsyen. TONTON VIDEO AISHAH! View this post on Instagram A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) Sebelum itu, Aishah turut berkongsi video dia menjalani ujian calitan di kediamannya. Menerusi video berkenaan, Aishah kelihatan lemah dan tidak bermaya. "Covid positif, tolong doakan kami," tulisnya. Difahamkan suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI