suria

Yamani Abdillah teruja dapat tahu bakal dapat adik lagi, tak sangka bapa buat ‘surprise’ - “Kalau boleh nak lelaki… boleh buat band”

Yamani teruja bakal timang adik kelima tidak lama lagi.

RAMAI peminat tumpang gembira apabila mengetahui isteri kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati kini sedang hamil 12 minggu.

Bukan sahaja peminat yang teruja mendengar berita itu, malah anak sulung Jamal yang juga penyanyi iaitu Yamani Abdillah turut memberitahu tidak sabar menanti kelahiran adik kelima itu.

Kata Yamani atau nama sebenar Osama Yamani Abdillah, 20, dia sendiri terkejut apabila mengetahui mengenai berita kehamilan yang dikongsi bapanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada identiti punca Yamani Abdillah tersingkir Big Stage 2020

"Seronok bila dapat tahu nak dapat adik lagi... Alhamdulillah! masa awal-awal tu saya pun tak tahu, selalu mesej bapa tanya khabar sahaja. Rupa-rupanya ada surprise, tak lama lagi bakal dapat adik kelima.

"Teruja bila mengetahui berita itu. Saya harap yang kelima ni biar lelaki lagi la... sebab senang sikit nak jaga nanti! Mungkin dah cukup lima beradik lepas ini kami boleh buat band pula.

jamal 2

Dua anak Jamal iaitu Zaki (kiri) dan Yamani mengikut jejak langkahnya dalam bidang muzik.

"Apa-apa pun saya doakan semoga ibu tiri dan bayi dalam kandungan sihat sehingga hari kelahiran," katanya kepada mStar.

Yamani merupakan anak sulung Jamal hasil perkahwinan dengan Noraina Mohd Yusof, manakala anak kedua iaitu Zaki Yamani, 15, pula daripada perkahwinan ketiga.

Sebenarnya sedikit kecewa dan sedih kerana dua lagu saya tak dapat dilancarkan tahun ini!

YAMANI ABDILLAH

PENYANYI

Jamal, 62, kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati, 27, pada 6 April 2017 dikurniakan dua cahaya mata, Nur Azura Yamani, 22 bulan, dan El Issac Yamani atau Zack berusia sembilan bulan.

Berkongsi mengenai perkembangan seni, Yamani berkata dia terpaksa menangguhkan dua pelancaran lagu baharu tahun ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Salah satu lagu adalah duet bersama bapanya yang sepatutnya sudah memulakan proses rakaman beberapa bulan lalu.

jamal 1Jamal bersama isteri Zai Izzati dan dua anak mereka.

"Sebenarnya sedikit kecewa dan sedih kerana dua lagu saya tak dapat dilancarkan tahun ini. Satu lagu solo, manakala lagu kedua duet bersama bapa.

"Selepas PKP berakhir barulah kita sambung semula rakaman dan penggambaran video muzik. InsyaAllah mungkin tahun depan lagu ini akan dilancarkan untuk peminat.

"Lagi pula sekarang saya berada di Ipoh, Perak bersama keluarga sejak awal PKP bulan Mei lalu jadi tak boleh nak rentas negeri untuk sambung kerja. Kalau semua dah dibuka, kita teruskan kerja macam biasa," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain